Pesanan Panaja

Sunday, May 10, 2015

Betul Ke ‘Kulit Kucing’ Yang Dijemur?


KEJAM dan tidak berhati perut! Ada segelintir individu tegar memperlakukan haiwan seperti ini..  Menerusi laman Facebook Friends of BN – Sarawak, pengendali memuat naik beberapa keping gambar memaparkan beberapa helai ‘kain’ yang dijemur di ampaian.




Sekali imbas, itulah yang kelihatan di mata kasar.

Namun menurut sumber, ia sebenarnya bukanlah jemuran kain, namun kulit kucing yang sudah disiat!
Gambar tersebut dikatakan telah diambil di Jalan Belian, tidak jauh dari pasar basah Jalan Tiong Hua, Sibu, Sarawak.

Betapa tidak berperi kemanusiaan, individu yang berbuat demikian berkemungkinan warga asing yang menjadikan daging kucing sebagai menu hidangan mereka.

Bagaimanapun, setakat ini ia hanyalah dakwaan yang dilontarkan pengguna di media sosial. Namun andai dakwaan tersebut benar, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

Tak ada makanan lain ke yang nak dijadikan menu sampaikan kucing pun jadi mangsa?

– MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment