Pesanan Panaja

Thursday, July 9, 2015

Iktikaf di masjid dianggap jenayah di Mesir


PETALING JAYA: Presiden Mesir Abdul Fattah al Sissi dilihat cuba mengukuhkan cengkaman ke atas penduduk negara itu dengan melaksanakan undang-undang yang lebih ketat di bulan Ramadan.

Terbaru membabitkan mereka yang beriktikaf di dalam masjid.

Jika ingkar dengan arahan yang dikeluarkan, mereka dianggap melakukan jenayah kerana melakukan perhimpunan haram.




Menurut laporan al Monitor, keputusan itu, selaras dengan kenyataan amaran yang dikeluarkan Kementerian Wakaf Mesir pada 29 Mei lalu.

Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah:

 Iktikaf mestilah dibuat di semua masjid berlesen dan bukan masjid tempatan di kawasan kejiranan yang tidak berlesen.
Pentadbir masjid perlu mengemukakan permohonan rasmi untuk mengadakan program iktikaf, termasuk laporan lengkap beserta jumlah orang yang akan menyertai iktikaf.
Iktikaf tersebut mesti diselia oleh imam yang bertanggungjawab kepada Kementerian Wakaf.
Ahli jemaah yang mahu beriktikaf mestilah penduduk kawasan perumahan yang berhampiran masjid, dan dikenali oleh imam. Orang dari luar kawasan, tidak dibenarkan.
Nama dan nombor pengenalan ahli jemaah yang beriktikaf hendaklah direkodkan oleh imam menyelia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memulakan iktikaf.
Pada 17 Jun, Kementerian Wakaf mengumumkan nama-nama 3781 masjid yang diberi kuasa untuk mengadakan iktikaf.   - FMT


No comments:

Post a Comment