Pesanan Panaja

Monday, July 27, 2015

Manusia Makin Moden Makin Gila


BELANDA: Sebilangan kecil masyarakat Barat punya ketaksuban terhadap sesuatu yang melampaui batas. Cerita ini adalah salah satu buktinya.

Seorang wanita, Dominque Lesbirel, sangat kecewa dan sedih apabila 'suami' yang menjadi temannya selama 16 tahun, Doerack mati akibat kegagalan buah pinggang.

Situasi ini tidaklah sukar untuk dibayangkan memandangkan ramai yang pernah mengalaminya.

Namun, jangan terkejut jika diberitahu, Doerack sebenarnya adalah seekor kucing!

Dan kini, Lesbirel telah menemui 'cinta' baharu, Travis. Jika Doerack adalah seekor kucing, Travis pula adalah seekor anjing.



'Perkahwinan' Lesbirel  dengan Travis akan disempurnakan melalui sebuah laman web, marryyourpet.com.

Seperti juga proses perkahwinan normal sesama manusia, ia perlu dimulakan dengan prosedur permohonan perkahwinan terlebih dahulu. Selepas perkahwinan disahkan, 'pasangan' akan diberikan sijil perkahwinan.

Laman web marryyourpet.com diwujudkan pada tahun 2003, dan ia diwujudkan untuk menggalakkan pemilik agar tidak membuang haiwan peliharaan mereka. 

No comments:

Post a Comment