Monday, November 21, 2011

Jenis-jenis Hak Milik

Hak milik terbahagi kepada dua jenis (Faizah,1995; Syibir,2004):


Hak milik sempurna (Al-milk al-tam) iaitu hak milik ke atas zat harta dan manfaatnya sekali gus.


Hak milik tidak sempurna (Al-milk ghayr al-tam) iaitu hak milik yang hanya berlaku ke atas salah satu daripada zat harta atau manfaat harta tersebut.


Dengan lain perkataan hak milik seseorang ke atas sesuatu benda boleh berlaku dalam bentuk berikut:


Hak milik ke atas zat harta dan manfaatnya sekali gus
Sebagai contoh, Ahmad memiliki sebuah rumah dan dia sendiri yang mendiami rumah tersebut. Ini bermakna, hak miliknya berlaku ke atas zat dan manfaat rumah tersebut sekali gus.



Hak milik ke atas zat harta semata-mata
Sebagai contoh, Ahmad menyewakan rumahnya kepada Fauziah. Dalam tempoh sewaan tersebut, Ahmad hanya memiliki zat rumah sahaja dan bukan manfaat rumah tersebut.


Hak milik ke atas manfaat semata-mata
Dengan merujuk kepada contoh yang sama seperti dalam (ii) sebelum ini, Fauziah hanya memiliki manfaat rumah tersebut sahaja sepanjang tempoh sewaan berkenaan. Ini kerana rumah tersebut tetap kekal sebagai milik Ahmad walaupun Ahmad tidak mendiami rumah tersebut dalam sewaan berkenaan.


Ringkasan kepada jenis-jenis hak milik adalah seperti di dalam Rajah di bawah:




No comments:

Post a Comment