Thursday, January 2, 2014

Pengantin Bawa Kereta Tunda (Tow Truck) Masa Nikah



Seribu persoalan  juga kepada  jurunikah apabila ada kereta tunda di dalam kawasan masjid dalam satu majlis nikah. Tanpa banyak tanya, jurunikah pun nikahkan pengantin macam biasa. Pengantin lelaki umur 30-an  kerja di kilang manakala perempuan 20-an, kerja kerani.






Lepas nikah, jurunikah diajak menikmati sedikit jamuan. Sedang makan tu, pengantin lelaki dan perempuan pergi ke kereta tunda tadi dan ramai yang ambil gambar. Kemudian pengantin lelaki memandu kereta tu dan bergerak ke taman di hadapan masjid untuk sesi ambil gambar seterusnya.

Kenapa Erkk?

Jurunikah bertanya lanjut sambil tersenyum kepada keluarga pengantin yang sama-sama makan tu. Diceritakan oleh keluarga yang lelaki itu dulunya kerja pemandu kereta tunda, sekarang bekerja di sebuah kilang. Kemudian ditambah sedap cerita lagi yang pengantin lelaki ini berkenalan dengan pengantin perempuan sewaktu dia kerja pemandu trak tunda tu lebih kurang 2 tahun lalu.

"Dulu kereta perempuan terlibat kemalangan kecil dan lelaki tarik kereta itu ke bengkel. Mula-mula tu jadi gaduh bila perempuan tu tak puashati dengan bayaran. Lepas tu tak tahu pulak, boleh baik dan bercinta dan hari ini jadi suami isteri, hehehe..." . Cerita seorang lelaki hampir sebaya dengan pengantin lelaki tu.

Tersenyum juga jurunikah dengar cerita itu, hehehe.

Selatanonline

No comments:

Post a Comment