Saturday, March 1, 2014

Prinsip Pengurusan Islam

Hiasan
Tanggungjawap Sosial Korporat

Sejak dari dahulu lagi Islam telah mengiktiraf betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh sektor swasta dalam memajukan ekonomi negara dan budaya korporat serta strategi yang menepati semangat agama.Hidup berharmoni merupakan prinsip yang menjelaskan kepentingan golongan peniaga dalam melaksanakann tanggungjawap kepada kebajikan masyarakat.

Dari perspektif Islam, tanggungjawap sosial korporat bukan sesuatu benda yang baru malah telah menjadi panduan dalam berniaga sejak dahulu lagi. Matlamat pembangunan dalam Islam menggariskan beberapa perkara yang turut menjadi agenda utama dalam keperluan tanggungjawap sosial korporat. Agenda tersebut adlah seperti Pembangunan Sumber manusia, Penghasilan Keluaran Berguna, Peningkatan Mutu Hidup dan Pembangunan Seimbang.





Pembangunan Sumber Manusia
Islam amat menghargai sebarang perubahan yang boleh membawa kebaikkan kepada umatnya. Proses pembaharuan dalam sistem pentadbiran adalah bertujuan untuk meningkatkan keefisyenan dan kelancaran.. Antara strategi adalah memperkukuhkan program, perlaksanaan kerajaan elektronik, membangunkan ICT, pembangunan organisasi dan sumber manusia .

Walaupun kesemua strategi ini tidak dikonotasi dengan perkatan Islam, namun sebenarnya konsep perubahan tersebut secara umumnya selari dengan prinsip Islam sekiranya berlandaskan ajaran Islam. Gerakan meningkatkan mutu kerja dan produktiviti adalah selaras dengan agama Islam itu sendiri yang menekankan prinsip kesempurnaan (al-itqan), pembaharuan (aiTajdid) dan inovasi (al-ibda).  

Perubahan pentadbiran yang sebenarnya adalah ke arah melaksanakan nilai-nilai Islam memandangkan Islam adalah sebagai agama kehidupan. Di Malaysia, gejala nagatif ini tidak kurang hebatnya. Banyak ulama’ Islam berpendapat fenomena ini merupakan satu dilema umat Islam yang berlaku yang disebabkan kekeliruan tentang konsep ilmu, tiadanya  adab dalam masyarakat dan pemimpin yang tidak menghayati aspek kerohanian dan kemasyarakatan

Pendekatan Tauhid Dalam Pentadbiran atau holistik adalah merupakan salah satu pendekatan aliran pemikiran pengurusan organisasi dan manusia disamping pendekatan-pendekatan lain seperti pendekatan pengurusan sesama manusia, pendekatan berasaskan kepada sistem, pendekatan pengurusan klasik dan sebagainya. Pendekatan tauhid adalah merupakan satu pendekatan yang meletakan ketuhanan sebagai paksi segala-galanya.

Pendekatan ini lebih menyeluruh kerana mengambilkira aspek sesama manusia dan hubungan antara manusia dengan tuhan penciptanya. Oleh itu pendekatan dalam perubahan pentadbiran perlulah dilaksanankan berteraskan kepada konsep tauhid yang merupakan intipati ajaran Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran menerangkan makna dan intipati tauhid yang boleh diterjemahkan dalam sistem pentadbiran antaranya yang mambawa maksud:

“Dan tidak Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan untuk
mengabdikan diri kepada Allah”
(Az-Zariyat : 56)

Penghasilan Keluaran Berguna
Sektor korporat walaupun  pada hakikatnya lebih berlandaskan keuntungan semata-mata, mereka sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Sumbangan itu wujud dalam bentuk penawaran produk dan perkhidmatan kepada pasaran atau dalam bentuk penciptaan peluang pekerjaan kepada penduduk atau melalui sumbangan percukaian kepada kerajaan.

Tanggungjawab sosial sektor korporat sebagai iltizam entiti perniagaan untuk menyumbang ke arah pembangunan ekonomi yang berterusan menerusi perhatian terhadap pekerja, keluarga (pekerja), komuniti setempat dan masyarakat keseluruhan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan.   Jika diperhatikan kepada suasana perniagaan semasa, sektor korporat ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang perlu ditangani secara berhemat. Kebanyakan cabaran ini berkait rapat dengan kegiatan perniagaan yang dijalankan.


Dalam hal ini, sektor korporat Sebenarnya, syarikat tidak akan mengalami kerugian jika terbabit
dalam kegiatan sosial. Sebaliknya, dapat meningkatkan reputasi syarikat dan pada masa sama meningkatkan kewibawaan organisasi memainkan peranan dalam tiga aspek iaitu ekonomi atau kewangan; kemasyarakatan dan alam sekitar.Antara tanggungjawab sosial yang boleh dilakukan adalah pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang, pembinaan kemudahan komuniti, pengurangan kesan alam sekitar akibat penggunaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Begitu juga ciri keselamatan di tempat kerja, pendidikan pengguna, pendedahan korporat dan pengetahuan mengenai produk yang mencukupi kepada pengguna.Sebenarnya, syarikat tidak akan
mengalami kerugian jika terbabit dalam kegiatan sosial. Sebaliknya, dapat meningkatkan reputasi syarikat dan pada masa sama meningkatkan kewibawaan organisasi.

Apa yang membezakan tanggungjawab sosial sektor korporat Islam dengan korporat semasa adalah dari segi falsafah atau agenda yang tersirat di sebalik kegiatan yang dijalankan. Jika sektor korporat semasa melakukan tanggungjawab sosial ini atas alasan untuk mengurangkan tekanan risiko hilang reputasi, kewibawaan, tekanan kegiatan kepenggunaan atau menghindari risiko dikenakan tindakan undang-undang, sektor korporat Islam melakukannya atas dasar keadilan dan prinsip berbuat kebaikan (ihsan).

Hanya dengan prinsip adil dan ihsan, sesebuah organisasi korporat itu dapat melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan sempurna. Adil di sini merujuk kepada keadilan organisasi kepada pengguna dan pembekal dalam penentuan harga.la juga perlu berlaku adil kepada rakan kongsi atau pemegang saham agar tidak mengkhianati amanah yang diberikan untuk menjalankan perniagaan atau perusahaan itu.

Dalam menjalankan kegiatan perniagaan, sektor korporat perlu juga memastikan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan memberi manfaat kepada masyarakat umum. Pada masa sama tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran. Paling penting apa yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariah.

Pembangunan Seimbang
Konsep keseimbangan pembangunan ini adalah berteraskan pada ajaran Islam yang ingin melahirkan ummah yang seimbang, ´ummatan wasata´. Walau pun maksud ´wasata´ yang ditujukan pada ummah ini hanya bermaksud seimbang dari segi emosi dan mental, fizikal dan kerohanian, intelek dan kemampuan, potensi dan keupayaan dan seterusnya, namun apabila diaplikasikan pada pembangunan, ternyata ia lebih meluas dan menyeluruh.

Apabila diperhalusi adalah ternyata bahawa dasar keseimbangan yang pernah diwujudkan semenjak 1970 melalui DEB, adalah merupakan dasar yang secucuk dengan ajaran Islam. Walau pun, pencapaian DEB adalah terbatas sehingga terpaksa dilanjutkan setelah tempoh tamatnya, 1990, tidak dapat menghasilkan keseimbangan sebagaimana yang dirancang, namun kesan dan impaknya adalah sungguh positif, bermanfaat, menggalakkan dan terpentingnya, mampu menjanakan pertumbuhan ekonomi sehingga tidak pernah dicapai oleh mana-mana negara di dunia sebelum ini.

Sesungguhnya, ini adalah bukti keberkesanan, bukti kerelevenan konsep pembangunan yang seimbang. Dengan itu, maksud pembangunan seimbang adalah bermaksud seimbang dari segi peratusan ekuiti, pengurusan dan kakitangan, persyarikatan, perindustrian, perbankan, kewangan dan seterusnya… dalam semua sektor. Hal ini juga diteruskan dalam kerangka perdangan antarabangsa Malaysia, yang menerima asas globalisasi dan liberalisasi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Begitu jugalah dalam konteks komprehensif. Sememangnya dasar keseimbangan ini berlaku dalam sektor-sektor yang menyeluruh dan sektor-sektor ini diperlebarkan dari masa ke semasa. Ini penting dan diperlukan adalah kerana pengalaman pahit dan hitam 13 Mei mengajar bahawa pembahagian kek ekonomi mampu meredakan perbalahan atau perselisihan antara warga yang berbilang kaum. Ertinya, keseimbangan dalam pembahagian kek ekonomi negara dan secara komprehensif ini mampu menyatupadukan seluruh warga Malaysia.

Meski pun dapat diterima bahawa pembangunan ekonomi bukanlah semestinya menjadi satu-satunya cara untuk mencapai perpaduan pelbagai kaum, namun aspek ekonomi mampu melonjakkan keperluan untuk mengekalkan perpaduan.

Ini tidak boleh dinafikan dan diperlekehkan lagi. Mereka yang mengkritik perpaduan melalui pembahagian ekonomi yang komprehensif, tidak dapat membuktikan bahawa strategi dan serampang perancangan ekonomi sebegini tidak berfungsi. Ia sudah menjadi satu realiti, bukan lagi sekadar pemikiran yang belum teruji.

Satu perkara yang perlu diingati di sini ialah apabila konsep keseimbangan ´wasata´ ini diterimakai, tersirat didalamnya ialah kejujuran dan keikhlasan. Ini adalah dua faktor ´ke dalam´ yang amat penting dan sering menjadi perhatian dan komentar pelbagai pihak khususnya parti politik pembangkang. Walau apa pun, adalah jelas dan nyata rakyat tidak terpengaruh dan memahami telatah parti pembangkang yang tidak senang dengan kejayaan kerajaan yang ada.

Instrumen Model Tanggungjawap Sosial

1.Peranan Dakwah Islam
Proses dan perjalanan dakwah Islam di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan dilihat sangat berkesan. Ini disebabkan kita boleh menyimpulkan segala usaha dakwah yang berlaku dan berpeluang untuk diaplikasikan di dalam dunia korporat. dapat diringkaskan kepada dua situasi atau proses ini tanpa membincangkan persoalan lain baik politik, sosial dan lain-lain lagi yang bukan menjadi tajuk kita kali ini.
Dakwah wujud untuk memperbaiki sesuatu, menghasilkan peluang dan memberikan injection (suntikan dan dorongan) maka ketika ini dakwah dan entrepreneurship (keusahawanan) boleh bergabung untuk kemaslahatan manusia apabila kemunculan dakwah ialah sebagai seruan dan ajakan kepada pembaharuan dan pembaikan, manakala kemunculan entrepreneurship sebagai usaha menjadikan pembaharuan dan pembaikan tadi suatu kejayaan dan dilaksanakan.

Dakwah melihat, makan dan minum harus berasaskan kepada kesucian dan kebersihan, Islam menitik berat persoalan "kebaikan" makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut manusia baik dari sudut kebaikan sifat seperti makanan yang halal dan daripada sudut zat seperti bersih, berkhasiat dan bermanfaat.Allah swt berfirman yang bermaksud ;

"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah."
(Al-Baqarah : 172)

Islam tidak menolak dan tidak menghalang melakukan sesuatu kebaikan dengan mengharapkan ganjaran bahkan Islam mempromosikan setiap amalan di dalam agama ini dengan ganjaran. Cuma Islam menetapkan konsep bahawa ganjaran bukanlah segala-galanya sebagai didikan dan keseimbangan agama yang mementingkan kejayaan dunia dan akhirat, kepuasan fizikal dan kepuasan rohani.

2. Menjaga Hak dan Kebajikan
Pendakwah juga ketika ini menjaga hak dan kebajikan Islam serta umatnya daripada di anaiyai oleh pihak korporat dan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka wajar tampil sebagai pembela umat, menjadi ketua dan aktif di dalam persatuan pekerja, mengetengahkan hak-hak pekerja dan membela nasib pekerja serta menjadi orang tengah dan penghubung di antara majikan dan pekerja.

Pendakwah harus bersikap terbuka dan sentiasa berada lurus dan sederhana di bawah pertunjuk Islam yang disebut dengan wasatiyah (pertengahan) agar tidak melampau dan ekstrim di dalam melakukan dan menampilkan sesebuah perkara bagi mengelakkan imej kepercayaan orang di dalam bidang dakwah korporat.

Bidang korporat sangat menitik beratkan penjagaan imej dan kepercayaan kerana itu untuk membentuk hal ini maka hubungan dan komunikasi terhadap pihak lain harus dijaga dan diawasi dengan baik serta menurut landasan syarak dan etika-etika Islam yang sebenarnya turut memenuhi etika moral.

Kebanyakkan syarikat mempunyai bahagian Perhubungan awam yang bertugas menjaga hubungan dan mengekalkan kestabilan dan rangkaian jaringan perniagaan agar peluang-peluang bisnes tetap berterusan dan semakin terbuka. Maka Islam di waktu ini sangat bermanfaat dijadikan sumber ajaran dan panduan apabila agama ini cukup kaya dengan budi bahasa dan panduan akhlak serta moral etika yang cukup lengkap.Allah swt berfirman yang bermaksud ;

"Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. "
(Al-Hujurat : 13)

3. Kesedaran dan transperansi
Di Malaysia umpamanya, kesedaran terhadap “Corporate social responsibility” (CSR) masih belum meluas. Rata-rata menilai CSR hanya kepada sumbangan dalam bentuk wang dan material sedangkan skop CSR kalau dirungkai satu persatu begitu meluas.“Contohnya pelaburan untuk pendidikan, khidmat masyarakat, kempen melindungi alam sekitar dan sebagainya juga adalah bentuk-bentuk sumbangan yang boleh dilakukan oleh pihak korporat. Namun demikian, ramai yang menganggap CSR hanyalah sumbangan dalam bentuk kewangan dan material kepada badan-badan kebajikan.

“Ini jelas dapat disaksikan khususnya apabila tibanya bulan Ramadan dan perayaan-perayaan tertentu di mana banyak pihak korporat berpusu-pusu menawarkan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan yang dianjurkan di hotel-hotel mewah disamping pada masa sama meraih liputan meluas media arus perdana.“Sedangkan jika diperhalusi matlamat CSR, ia seharusnya dilakukan dengan penuh berhemah dan bertanggung jawab serta berterusan. Bukannya bantuan hanya dalam tempoh singkat kemudian penyumbang atau penganjur mendapat kredit nama dalam masyarakat,”

Memandangkan masih ramai yang kurang sedar akan peranan dan konsep sebenar CSR terhadap kesejahteraan negara, saranan adalah wajar sekiranya ibu bapa tampil bersama institusi pendidikan di negara ini mendidik anak-anak akan peri pentingnya CSR seawal mereka di bangku sekolah.

“Sementara bagi syarikat pula, majikan boleh menyarankan kepada pekerja untuk membuat pemotongan gaji pada kadar minimum atau setidak-tidaknya RM1 untuk disalurkan kepada badan-badan kebajikan, perlindungan alam sekitar dan sebagainya. Ini kerana selain badan korporat, individu juga perlu berperanan sama menyumbang kepada masyarakat.

4. Waqaf  harta dan Ibadah
Dari Abu Hurairah RA Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: Jika seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya.

Begitu indahnya Islam yang meletakkan kepentingan harta dan Ibadah untuk manfaat diri dan masyarakat. Islam menggalakkan umatnya bekerja dan mengumpul harta di dunia di samping itu menyediakan saluran untuk membuat kebajikan kepada masyarakat melalui harta yang telah dikumpulkan.

Dalam entri yang lalu, terdapat empat instrumen berbeza iaitu zakat, sedekah, waqaf dan hibah yang boleh digunakan untuk mengagihkan sebahagian daripada harta kepada orang lain dengan tujuan berbeza.Instrumen waqaf sangat istimewa kerana ia memberi kelebihan kepada orang yang membuat sumbangan pahala yang berpanjangan sepertimana yang disebutkan dalam Surah Al-Baqarah: Ayat 261 yangbermaksud:

Bandingan pahala orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah umpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai dan pada tiap-tiap tangkai itu ada seratus biji dan Allah akan melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.

Waqaf boleh dibuat dalam dua bentuk iaitu waqaf am dan waqaf khas. Waqaf am ialah sumbangan yang berikan tanpa menetapkan tujuan yang khusus dan boleh digunakan untuk tujuan yang menepati syarat Waqaf dan dibenarkan syariat. Manakala Waqaf khas pula ialah orang yang memberi sumbangan menetapkan tujuan khusus penggunaan hartanah atau wang waqaf. Contohnya, tanah yang diwaqafkan hendaklah digunakan untuk pembangunan masjid atau pembinaan sekolah tahfiz.

Majlis Agama Islam Selangor melalui Perbadanan Waqaf Selangor (PWS) telah ditubuhkan untuk menguruskan hartanah waqaf kerana potensi yang sangat besar untuk dibangunkan dan digunakan bagi kemaslahatan ummah. Orang awam boleh menyumbang wang tunai sebagai waqaf am. PWS juga mengalu-alukan syarikat korporat untuk memberi waqaf dalam bentuk saham syarikat, tanggungjawab khidmat social (CSR) ataupun produk syarikat itu sendiri.

5. Zakat
Zakat adalah sebahagian daripada rukun Islam yang lima dan merupakan suatu ibadah dan tanda kesyukuran kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t.yang bermaksud:

Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Secara umumnya, zakat merupakan kadar kutipan yang diwajibkan ke atas harta dan hasil pendapatan di peringkat paling minima mengikut peraturan dan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu yang bertujuan untuk menjamin biaya sosial masyarakat pada peringkat asas dan mengurangkan jurang pendapatan yang tidak seimbang sehingga mencapai satu tingkat hidup yang lebih baik di atas paras nisab.

Ibadat zakat dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan cara yang sederhana dan praktikal dengan membuat perimbangan antara golongan yang mampu dan golongan yang tidak mampu. Golongan kaya dapat terus menikmati kekayaannya dengan syarat sebahagian daripada kekayaannya itu dialirkan kepada golongan miskin sebagai suatu hak yang ditetapkan Allah dan bukan sebagai pengemis yang meminta belas kasihan orang kaya. Semua harta kekayaan adalah milik mutlak Allah dan manusia hanyalah sebagai pemegang amanah. Sisitem zakat dapat mengawal keseimbangan dan hak kebebasan setiap individu untuk berusaha mencari rezeki di samping menjaga hak-hak masyarakat.

Zakat secara langsungnya juga merupakan suatu sistem jaminan sosial hasil daripada peranannya dalam menyediakan saraan hidup dan modal, di samping memerangi sistem riba, menggalakkan pekerjaan serta tujuan-tujuan ekonomi dan sosial yang lain. Jaminan sosial dan ekonomi melalui sistem zakat ini membawa negara ke arah keseimbangan ekonomi dan keadilan sosial meliputi aspek kerohanian dan kebendaan.

Bagi memastikan matlamat pensyariatan zakat tercapai, pelbagai usaha telah digarap oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi dalam memantapkan pengurusan zakat. Tindakan tegas khalifah Islam yang pertama memerangi golongan yang ingkar mengeluarkan zakat amat jelas. Sayyiduna Abu Bakar Al-Siddiq mengambil tindakan memerangi mereka yang enggan mengeluarkan zakat selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.

6. Syura
Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh semua syarikat, GLC dan organisasi korporat Islam ialah menegakkan amalan syura dalam organisasi. Amalan syura digalakkan Islam dan sangat berkaitan dengan anjuran dan saranan menegakkan keadilan. Tidak mungkin ditegakkan keadilan sepenuhnya tanpa syura. Dengan demikian, jelas sekali syura sangat rapat dengan usaha membina kekuatan, pemuafakatan dan keutuhan organisasi dan korporat.

Syura ini adalah satu amalan yang kekal subur dan dilaksanakan sebagai majlis percambahan ilmu dan pandangan serta forum menjayakan kaedah ’berpesan-pesan dan ingat mengingati’ di kalangan semua lapisan anggota pekerja tanpa mengira jawatan dan pangkat. Tujuannya untuk membentuk kebulatan dan kesepaduan sebuah organisasi korporat besar yang sangat kompleks.

Lebih-lebih lagi dalam konteks GLC dan bukan sebuah syarikat swasta yang dimiliki individu atau keluarga. Syura sangat dituntut dalam organisasi milik komuniti. Syura kurang penting dalam syarikat milik individu atau keluarga kerana tidak ada anggota yang akan mempersoal hak individu atau ketua keluarga dalam menentukan sendiri haluan dan arah tuju sesebuah syarikat swasta yang dimiliki mereka..

Acara memperkenalkan semua anggota pekerja baru, walaupun memakan masa, dianggap sangat penting dan bermakna. Kerana ia menepati falsafah yang tegas dengan pendirian bahawa setiap anggota adalah penting untuk masa depan dan kepentingan bersama kedua-dua pihak. Paling penting mesej yang kerap ditekankan dalam sesi syura seperti ini, iaitu semua anggota bukan cuma ‘kakitangan’, angka dalam daftar, faktor pengeluaran atau alat korporat semata-mata.

Pengharaman penggunaan istilah ‘kakitangan’, kerana jelas sekali ia bertentangan dengan matlamat menjadikan warga kerjanya berdayafikir tinggi dalam konteks suasana ekonomi yang dipacu pengetahuan atau ‘knowledge driven’. Anggota yang “tidak berkepala” tidak dapat menyumbang apa-apa dalam suasana ini.

Majlis syura sebenarnya menuntut sesuatu yang lebih besar daripada semua anggotanya. Dalam menjayakan Jihad Bisnes, semua dituntut menyifatkan diri masing-masing sebagai ‘khalifah ekonomi Islam’, iaitu anggota korporat dalam sebuah organisasi yang dapat membawa pembaharuan dan berupaya mengubah nasib masa depan organisasi, sekaligus membela kepentingan besar agama, bangsa dan negara.
0

1 comment: