Saturday, March 1, 2014

Tidakkah Anda Tahu..3hb Mac



Tidakkah Anda Tahu...???
Esok 3hb Mac 2014 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan sistem Khilafah (yang berusia 1303 tahun sejak zaman Abu Bakar as Siddiq) dan pemisahan urusan agama Islam daripada kenegaraan bermula pada tepat pagi 3hb Mac 1924.






Islam terpaksa menempuh zaman gelap atau zaman fitnah yang panjang. Telah, sedang dan akan berlaku detik penentuan serta "sequence" peristiwa untuk umat Islam keluar daripada zaman fitnah kepada zaman ummah kali kedua.

~ STUDY THE HISTORY,
~ UNDERSTAND THE STRATEGIES,
~ LEARN THE LESSONS..!!

Kita dilahirkan di satu zaman yang
aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis,
nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaitan serta tipuan dunia.

Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana umat di
zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya.

Tetapi nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Maka ALLAH yang amat sangat penyayang dan lemah lembut itu menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang
lengkap perihal akan berlakunya
kebangkitan Islam kali kedua untuk
zaman jahiliah kedua ini.
Jadual itu sebenarnya sudah lama
ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda;"Akan tiba suatu
zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka Simpanlah dinar dan dirham (untuk diGunakan).
((( H.R Imam Ahmad Ibn Hanbal )))

Bukankah ini semua sedang Terjadi?? Sebenarnya Hadis-Hadis dan Al Quran itulah Jig Saw Puzzle Yang Berselerak Sambil Menunjukkan Jalan Lurus Kepada Siapa Yang Bertakwa..

Kenapa Nabi Bersabda Semikian Rupa?
Golongan Manakah Yang Sedang Giat Menjalankan Permintaan Nabi ini??

BAGI MEREKA YANG MENGKAJI,
MESTI MENGETAHUI ADA RAHSIA YANG TERSEMBUNYI

((( DARI TIMUR KE HARAMAIN )))

Ibarat ular pulang ke lubangnya..
Islam Terakhir Dari Rumpun NAGA...
Ahlul bait Kembali Bertahta...
Keturunan Rasulullah Memegang Tahta...
Dari Timur Ke barat berjalan & berkuda...
Menyampaikan Misi Tahta lagi Terahsia...
Bangsa Yang MEMENDAM RASA...
Bangsa Yang Punya

((( ALTER TERAHSIA )))

Daripada Abdullah bin Harist bin Juzu' Az Zubaidi katanya: Sabda Rasulullah SAW akan lahir SATU GOLONGAN manusia dari TIMUR, mereka menyiapkan tapak
kepada pemerintahan Al Mahdi.
~ Sunan Ibnu Majah
~ Sunan Baihaqi
~ Uqdud Durar (m/s 92)

Tapak Pemerintahan?
Adakah Anda Tahu Malaysia, Indonesia dan Sekitar Nusantara Sedang Giat Di Dalam Berurus niaga Mengunakan Dinar Dan Dirham...
Inilah Yang Disebut Bagaikan Bumi Madinah Ke -2..

Kenapa di sebut Timur?

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi.” (Riwayat At Thabrani)

Kerana disanalah keluarnya panji-panji Hitam yang akan ke Khurasan..

((( FASA-FASA UMAT NABi MUHAMMAD SAW )))

Rasulullah SAW bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki.
Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulata’ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana
yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman
Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH
kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian
berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH
kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam. (Riwayat Ahmad)

Hadis dari Zarr daripada Abdullah, Nabi
SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang
namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan
dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi
kezaliman dan kekejaman”. (Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW: “Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli
keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat Abu
Daud)

Daripada Abi Said bahawa Rasulullah
SAW pernah berkata: “Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia
memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana
dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia
memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)

Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam diakhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba- Nya yang telah terbiar dalam dosa dan kejahilan sekian lamanya. Umat Nabi Muhammad seperti diterangkan terdapat 5 Fasa, dan kita sekarang berada di fasa yang ke 4 yang ditakdirkan fasa Zaman Fitnah dan Penindasan. Fasa ke 4 tidak diterangkan penghujungnya akan tetapi diterangkan pada fasa ke 5 yang berlaku selama 40 tahun melalui hadis Baginda Nabi Muhammad SAW; "Sebelum hari Qiamat, pastilah Islam itu bangun semula
walaupun antara mulanya Islam bangun dan mula Qiamat
hanya sekadar masa memerah susu kambing. Zaman itu
berlaku selama empat puluh tahun dan kemudian barulah dunia ini dibinasakan." Akan tetapi sebelum zahirnya Al-Mahdi
akan terlebih dahulu dizahirkan
pembantu kanannya Pemuda Bani
Tamim.

((( DI DALAM RAHSIA ADA RAHSIA )))

~ Kitab terahsia abad ke-20 akan
dipecahkan.

~ Jaringan Matrik antara Al Quran dan Al
Hadis perlu digabungkan.

~ Melalui agama bersumberkan kedua-dua itu dapat menerangkan realiti dunia
hari ini...

BAGI MEREKA YANG MENGKAJI,
MESTI MENGETAHUI ADA RAHSIA YANG TERSEMBUNYI.

Nabi Muhammad pernah cakap, setiap
100 tahun akan lahir MUJADID !!!

sekarang kami nak tanya tuan-puan semua...
lagi berapa tahun kah genapnya 100
tahun Khalifah Uthmaniyah
ditumbangkan ????

tahukah anda,
Khalifah yang ditumbangkan itu adalah
khalifah yang ke-99 semenjak Saiyidina
Abu Bakar ?

tahukah anda...
pada tahun 80 han telah
terjadinya 2 gerhana matahari dan
gerhana bulan di bulan Ramadhan
berturut2 !!!

anda tahu apa maknanya ini semua ???

ini adalah tanda2 (kelahiran
Muhammad ke-2)

inilah Muhammad Bin Abdullah yang
kami maksudkan sebagai Imam Mahdi , beliau sekarang ada di sisi kita dan
sedang meningkat dewasa...
masih ingat lagi tentang TASIK
GALILEE ???

tinggal berapa tahun lagi tasik itu akan
kering.

(sekiranya
mengikut sunnatullah dengan izin Allah)
???

anda masih ingat Komet Halley ?

tahukah anda untuk mengukuhkan
pendapat kami ini, bintang yang terbit melalui Timur dan
barat adalah tanda-tanda ;

(kelahiran
Muhammad ke-2 )

dan bintang yang dimaksudkan itu = Komet Halley
juga telah muncul sekitar tahun 80 han...

dan hari ini sudah pun berlalu menghampiri 30 tahun...

(Allah telah "sengaja" bekalkan tanda2 ini untuk umat ISLAM bersedia, sudahkah
anda beringat ???)

(Allah telah "sengaja" mengIZINkan kata2 Nabi semuanya jadi 100% di zaman kita)

Melayu akan menghadapi saat kehancuran...
LAMBANG KEHADIRAN PEMIMPIN AKHIR ZAMAN...
1 karektor penting akan hadir di saat ambang huru-hara...
dari timur dunia terbitlah baginda...
Roda Dunia Memandang Nusantara...
Islam Terakhir Dari Rumpun NAGA...
Ahlul bait Kembali Bertahta...
Keturunan Rasulullah Memegang Tahta...
Dari timur Ke barat berjalan & berkuda...
menyampaikan misi Tahta lagi terahsia...
Bangsa Yang MEMENDAM RASA...
Bangsa Yang Punya

((( ALTER TERAHSIA ))

Sumber

1 comment: