Friday, April 18, 2014

MB N. Sembilan Berang Apabila "Tawaran" Jual Air Terawat Ke Selangor Di Tolak.



Menteri Besar Negeri Sembilan naik angin satu badan apabila "Tawaran" nak jual air terawat 20 juta gelen ke Selangor ditolak secara baik oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini bezanya antara pemimpin berjiwa besar dengan pemimpin berjiwa kecil mudah terasa dan teguris hati merajuk.

Tan Sri Khalid Ibrahim menolak pelawaan Mohamad Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan kerana jumlah itu terlalu kecil, taraf celah gigi ... lagi pun Negeri Sembilan pun menghadapi masalah membekalkan air bersih terawat kepada rakyatnya .. bukankah lebih baik jaga dan bela rakyat sendiri dari nak tunjuk jaguh dan perihatin nasib rakyat negeri lain?

Bila ditolak "pelawaan itu" merajuk macam budak-budak tuduh Tan Sri Khalid Ibrahim sombong ... lepas itu siap ugut pula .. lain kali kalau nak minta bantuan mampos dia tidak akan tolong .. pulak dah!!!!! .. Ini jelas membuktikan perangai sebenar pemimpin UMNO berjawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.





Jika dia seorang pemimpin berjiwa besar dan perihatin rakyat .. jika negeri jiran mohon bantuan tidak sebanyak sedikit berikan bantuan ... itu baru dinamakan pemimpin... Pahang pun ada masalah air begitu juga Melaka ... mengapa negeri-negeri ini tidak ditawarkan bantuan sedangkan negeri-negeri ini diperintah oleh UMNO/BN????? ... jadi jelaslah tiada niat murni sekelumit pun .. persepsi cuba nak ambil kesempatan batuan politik ... itu saja .. bila tidak menjadi maka apa lagi .. meroyan, melatah, berang, merajuk dan naik angin satu badan.










SEREMBAN – "Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa," kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

"Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air," katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.


sumber 

tranungkite

No comments:

Post a Comment