Terdapat
perbezaan di antara pembayaran mahar terhadap satu-satu perkahwinan namun di
Malaysia terdapat perbezaan di antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Sememangnya terdapat negeri yang tidak menetapkan langsung berkenaan dengan
kadar mahar dalam sebuah perkahwinan.
BIL
|
NEGERI
|
NILAI
MAS KAHWIN
|
|
ANAK DARA
|
JANDA
|
||
1
|
Johor
|
RM22.50
|
RM22.50
|
2
|
Melaka
|
RM40.00
|
RM40.00
|
3
|
N.Sembilan
|
RM200.00
|
RM100.00
|
4
|
Selangor
|
RM300.00
|
RM300.00
|
5
|
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
|
RM80.00
|
RM40.00
|
6
|
Perak
|
TidakDitetapkan
|
|
7
|
Pahang
|
RM22.50
|
RM22.50
|
8
|
Kedah
|
TidakDitetapkan
|
|
9
|
Kelantan
|
TidakDitetapkan
|
|
10
|
Terengganu
|
TidakDitetapkan
|
|
11
|
Pulau Pinang
|
TidakDitetapkan
|
|
12
|
Perlis
|
TidakDitetapkan
|
|
13
|
Sarawak
|
RM120.00
|
RM120.00
|
14
|
Sabah
|
RM100.00
|
RM80.00
|
15
|
Jawi Labuan
|
RM80.00
|
RM80.00
|
Apa
yang dapat kita lihat pada jadual kadar mas kawin di negeri-negeri seluruh
Malaysia sperti di atas yang dipetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) yang menyatakan terdapat enam negeri yang tidak menetapkan
kadar mahar sebagai pemerintah. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Kelantan,
Terengganu, perak,Pulau pinang dan Perlis.
Saya
sangat bersetuju dengan ketidak tetapan kadar mahar ini kerana pada pandangan
saya kadar mahar biarlah mengikut kemampuan masing-masing yang telah
dipersetujui secara bersama di antara kedua-dua belah pihak. Perkara ini sangat
bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Carilah
(mas kahwin) walaupun sebentuk cincin besi”
(Bukhari
& Muslim)
Walau
bagaimanapun kadar minimum perlu ditetapkan oleh pemerintah supaya ianya akan
lebih seragam dan munasabah. Ianya adalah berkaitan dengan mahar Misil yang
tidak di tetapkan akan kadar mahar ketika perkahwinan, namun adalah menjadi
tetap hak si isteri untuk memilikinya dan si suami wajib bayar.
Islam
tidak menghalang bahawa setiap orang berbeza sama ada kaya atau miskin dan
setiap masyarakat juga mempunyai adat tersendiri dan dari kerana itulah Islam
menyerahkan jumlah mahar berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Jumlah
mahar tidak sepatutnya diletakkan sewenang-wenangnya atau pun direndahkan
sehingga boleh merendahkan status wanita tersebut.
Dalam
perkembangan dunia kini adalah sangat tidak adil sekiranya terdapat lagi mas
kahwin atau pun mahar serendah sehingga RM12.00 atau pun RM22.50. kalau dilihat
sekiranya nilaian sebanyak itu apakah atau berapa banyakkah barang yang dapat
diperolehi dengan nilai tersebut? Sesetengah masyarakat melihat mahar sebagai
lambang status dan taraf yang diambil oleh bakal suaminya dan agak bersesuaian
sekiranya kerajaan negeri yang lain dapat menilai semua kadar minima kerana
kalau dilihat pada masa ini nilaian wang sudah semakin turun tetapi kadar harga
keperluan semakin tinggi.
Saya
bawakan contoh di sini yang mana beberapa negeri tidak menetapkan kadar yang
tetap terhadap mahar atau pun mas kahwin, kita memilih negeri Kelantan berkenaan
dengan isu samasa. Oleh kerana penetapan kadar tidak tetap maka dengan itu
Kelantan telah membenarkan Dinar Emas boleh dijadikan sebahagian daripada mas
kahwin.
Permulaan
yang dilakukan ialah pada Majlis Nikah
Perdana 2010 peringkat negeri Kelantan yang mana seramai 100 pasangan
dinikahkan secara percuma kerana segala kos adalah ditanggung oleh kerajaan
negeri Kelantan.
Selain
dari itu apabila tidak ada penetapan yang tetap namun ia juga menjadikan satu
peluang bagi membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri dan ada
yang di antara menjadikan hikmah senahkah al-Quran sebagai mas kahwin. Al-Quran
adalah merupakan lambang yang teragung dalam agama Islam dan pemberianya kepada
insan yang lain adalah satu penghargaan yang tidak ternilai atau pun sebagai
lambang cinta yang sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
Sekiranya
al-Quran dijadikan mas kahwin ianya akan
mendapat keberkatan seandainya pasangan tersebut dapat mengamalkan segala isi
kandungan di dalam al-Quran sepanjang hidup berumah tangga bersama selepas di
ijab Kabul.
Selaian
daripada mendapat kebaikan dan pahala sekiranya si isteri membacanya bukan
sahaja si isteri malah yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat.
Seperti apa yang kita tahu, emas juga ada kebaikkannya jika dijadikan sebagai
mas kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ianya lebih bersifat metarial dan
mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan
pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran
tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya.
Begitulah
betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai mas kahwin. Kebaikan dan faedah
yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bahagia dan diberkati
Allah s.w.t. kebahagiaan yang kita kecapi ini bukanlah setakat di dunia sahaja
malah terus hingga ke akhirat.
Apalah
sangat jika dibandingkan kebahagian di dunia yang sementara ini dengan alam
akhirat dengan kehidupan yang abadi dan itulah kebahagian yang betul-betul
abadi.
No comments:
Post a Comment