Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Tiada Penetapan Kadar Mahar

Terdapat perbezaan di antara pembayaran mahar terhadap satu-satu perkahwinan namun di Malaysia terdapat perbezaan di antara satu negeri dengan negeri yang lain. Sememangnya terdapat negeri yang tidak menetapkan langsung berkenaan dengan kadar mahar dalam sebuah perkahwinan.




Kadar Mas Kahwin Di Negeri-NegeriSeluruh Malaysia

BIL
NEGERI
NILAI MAS KAHWIN
ANAK DARA
JANDA
1
Johor
RM22.50
RM22.50
2
Melaka
RM40.00
RM40.00
3
N.Sembilan
RM200.00
RM100.00
4
Selangor
RM300.00
RM300.00
5
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
RM80.00
RM40.00
6
Perak
TidakDitetapkan
7
Pahang
RM22.50
RM22.50
8
Kedah
TidakDitetapkan
9
Kelantan
TidakDitetapkan
10
Terengganu
TidakDitetapkan
11
Pulau Pinang
TidakDitetapkan
12
Perlis
TidakDitetapkan
13
Sarawak
RM120.00
RM120.00
14
Sabah
RM100.00
RM80.00
15
Jawi Labuan
RM80.00
RM80.00

Apa yang dapat kita lihat pada jadual kadar mas kawin di negeri-negeri seluruh Malaysia sperti di atas yang dipetik dari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyatakan terdapat enam negeri yang tidak menetapkan kadar mahar sebagai pemerintah. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, perak,Pulau pinang dan Perlis.

Saya sangat bersetuju dengan ketidak tetapan kadar mahar ini kerana pada pandangan saya kadar mahar biarlah mengikut kemampuan masing-masing yang telah dipersetujui secara bersama di antara kedua-dua belah pihak. Perkara ini sangat bersesuaian dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Carilah (mas kahwin) walaupun sebentuk cincin besi”
(Bukhari & Muslim)

Walau bagaimanapun kadar minimum perlu ditetapkan oleh pemerintah supaya ianya akan lebih seragam dan munasabah. Ianya adalah berkaitan dengan mahar Misil yang tidak di tetapkan akan kadar mahar ketika perkahwinan, namun adalah menjadi tetap hak si isteri untuk memilikinya dan si suami wajib bayar.

Islam tidak menghalang bahawa setiap orang berbeza sama ada kaya atau miskin dan setiap masyarakat juga mempunyai adat tersendiri dan dari kerana itulah Islam menyerahkan jumlah mahar berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Jumlah mahar tidak sepatutnya diletakkan sewenang-wenangnya atau pun direndahkan sehingga boleh merendahkan status wanita tersebut.

Dalam perkembangan dunia kini adalah sangat tidak adil sekiranya terdapat lagi mas kahwin atau pun mahar serendah sehingga RM12.00 atau pun RM22.50. kalau dilihat sekiranya nilaian sebanyak itu apakah atau berapa banyakkah barang yang dapat diperolehi dengan nilai tersebut? Sesetengah masyarakat melihat mahar sebagai lambang status dan taraf yang diambil oleh bakal suaminya dan agak bersesuaian sekiranya kerajaan negeri yang lain dapat menilai semua kadar minima kerana kalau dilihat pada masa ini nilaian wang sudah semakin turun tetapi kadar harga keperluan semakin tinggi.

Saya bawakan contoh di sini yang mana beberapa negeri tidak menetapkan kadar yang tetap terhadap mahar atau pun mas kahwin, kita memilih negeri Kelantan berkenaan dengan isu samasa. Oleh kerana penetapan kadar tidak tetap maka dengan itu Kelantan telah membenarkan Dinar Emas boleh dijadikan sebahagian daripada mas kahwin.

Permulaan yang dilakukan ialah  pada Majlis Nikah Perdana 2010 peringkat negeri Kelantan yang mana seramai 100 pasangan dinikahkan secara percuma kerana segala kos adalah ditanggung oleh kerajaan negeri Kelantan.

Selain dari itu apabila tidak ada penetapan yang tetap namun ia juga menjadikan satu peluang bagi membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri dan ada yang di antara menjadikan hikmah senahkah al-Quran sebagai mas kahwin. Al-Quran adalah merupakan lambang yang teragung dalam agama Islam dan pemberianya kepada insan yang lain adalah satu penghargaan yang tidak ternilai atau pun sebagai lambang cinta yang sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

Sekiranya al-Quran dijadikan mas kahwin  ianya akan mendapat keberkatan seandainya pasangan tersebut dapat mengamalkan segala isi kandungan di dalam al-Quran sepanjang hidup berumah tangga bersama selepas di ijab Kabul.

Selaian daripada mendapat kebaikan dan pahala sekiranya si isteri membacanya bukan sahaja si isteri malah yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat. Seperti apa yang kita tahu, emas juga ada kebaikkannya jika dijadikan sebagai mas kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ianya lebih bersifat metarial dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya.

Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai mas kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bahagia dan diberkati Allah s.w.t. kebahagiaan yang kita kecapi ini bukanlah setakat di dunia sahaja malah terus hingga ke akhirat.


Apalah sangat jika dibandingkan kebahagian di dunia yang sementara ini dengan alam akhirat dengan kehidupan yang abadi dan itulah kebahagian yang betul-betul abadi.

No comments:

Post a Comment