Pesanan Panaja

Thursday, April 7, 2011

Binatang ternakan


Kebijaksanaan Allah mejadikan manusia dan binatang yang mana sesetengah binatang dijadikan supaya patuh dengan manusia dengan izin Allah.Tanpa kita sedar bahawa Allah tidak menjadikan binatang itu dengan sia-sia dan semuanya adalah liar, malahan ada sesetengah binatang yang sangat liar, ada yang jinak dan bermacam-macam lagi. Dapatkah kita gambarkan sekiranya semua binatang diciptakan Allah semuanya liar-liar dan buas?? apakah yang akan berlaku......

Kebijaksanaa Allah menjadikan sesetengah binatang yang liar tetapi dapat dijinakkan oleh manusia. Semua ini adlah merupakan ketentuan dan kehendak yang telah ditenttukan oleh Allah . Jangan kita selaku umat islam percaya bahawa segalanya yang berlaku adalah terjadi dengan sendiri dan merupakan lumrah hidup. Tanpa ada keizinan dari Allah, manusia tidak akan dapat berfikir bahawa kuda yang liar itu boleh dijinakkan dan dijadikan kenderaan tunggangan dan lembu yang jinak itu boleh dijadikan kenderaan dan alat untuk bercucuk tanam

Selaku umat Islam, apabila kita melihat akan akan binatang ternakan marilah kita berfikir sejenak akan betapa besarnya kekuasaan Allah sebagai Pencipta yang mengizinkan manusia dapat memiliki binatang ternakan. Sedangkan segala nikmat dan rahmat seperti daging lembu, ayam dan bermacam2 lagi yang kita sendiri nikmati marilah sama-sama kita menginati akan kekuasaan Allah. Kita dapat menikmati akan segala nikmat yang diberi oleh Allah akan tetapi amat tidakk patut kita tidak patuh akan segala perintahNya.

Manusia dijadikan dengan ketentuan Allah dan diberi kehidupan serta digariskan akan panduan hidup sepertimana binatang diciptakan dengan ada yang liar dan jinak. Setiap perlakuan kita akan diberi ganjaran oleh Allah samaada ianya baik mahupun buruk. Betapa sempurnanya apa yang dianjurkan dalam islam dalam menentukan ada sesetengah binatang yang tidak boleh dimakan dan ada yang dibolehkan.

Marilah kita sama2 mencari sedikit ilmu untuk peringatan bersama kerana kerana syuga itu adalah idaman kita dan neraka itu destinasi kita. Beringatlah segala yang dijadikan oleh Allah merupakan bukti akan kekkuasaNya, marilah kita bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang kita sendiri telah miliki. Segala yg baik datangnya dari Allah dan kesilapan itu adalah kelemahan diri saya sendiri......Wallahua'lam......

Sedikit intipati majlis halaqah ilmu.....dipagi jumaat.....

No comments:

Post a Comment