Pesanan Panaja

Tuesday, April 17, 2012

Definisi Nikah


Sarjana Islam
Definisi Nikah
Al-Zuhayli (1989)Akad yang ditetapkan syarak untuk membolehkan istimta'(berseronok-seronok) antara lelaki dengan perempuan.
Al-AnsaryAkad yang mengandungi keharusan persetubuhan dengan lafaz nikah atau yang sama makna dengannya.
Al-Khin, al-Bugha dan al-Shurbaji (1987)Akad yang menghalalkan istimta' antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.




Mari kita lihat apakah yang dimaksudkan sebagai nikah. Nikah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud dhamm (bergabung) dan ikhtilath(bercampur). Nikah dinamakan sebegitu kerana dapat mengumpulkan dan menyatukan dua orang. Selain nikah, orang Arab juga menyebutnya sebagaizawaj (pasangan). Oleh sebab itu, Ibn Manzur (1993) dalam penulisannya menggunakan lafaz zawj kepada si-suami dan zawjah kepada si-isteri.
Perkataan nikah juga digunakan dengan maksud wathi (persetubuhan). Oleh yang demikian menurut Al-Husayni (1992), perkataan nikah sering kali digunakan dengan maksud persetubuhan selain sebagai suatu akad. Walaupun begitu, menurut al-Khin (1987) maksud sebenar bagi kalimah nikah adalah suatu akad dan maksud simboliknya adalah persetubuhan. Perkataan ‘nikah’ telah diserap masuk dalam bahasa Melayu dan sinonim dengan perkataan ‘kahwin’. Selain merujuk kepada nikah, Noresah (2007) menyatakan perkataan ‘kahwin’ juga dianggap sebagai bahasa percakapan bagi bersetubuh dan berjimak.


Secara umum, semua definisi di atas membawa maksud yang sama. Kita boleh rangkumkan definisi nikah atau perkahwinan sebagai akad yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang sama maksud dengan nikah. Menurut Noresah (2007) definisi ini juga digunakan dalam Kamus Dewan berkaitan istilah nikah iaitu akad (perjanjian) yang mengandungi lafaz ijab dan kabul yang menghalalkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.


No comments:

Post a Comment