Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Instrumen kewangan Islam


Instrumen kewangan Islam adalah merupakan sesuatu yang telah diciptakan dan dikeluarkan oleh pihak yang memerlukan modal dan dalam konteks sistem kewangan Islam di malaysia, instrumen ini boleh dibahagikan kepada instrumen pembiayaan dalam bentuk ekuiti dan hutang. Instrumen pembiayaan yang berbentuk ekuiti adalah merujuk kepada sekuriti saham patuh Syariah.

Apa yang sangat penting di sini adalah setiap instrumen dalam sistem kewangan Islam adalah bebas dari unsur-unsur riba (bunga) dan bagi memudahkan pemahaman anda tentang sistem kewangan ini adalah dengan memberikan beberapa contoh yang berkenaan dengan sistem kewangan Islam iaitu Sukuk, Takaful da Pasaran Saham Islam.




Sukuk
Sukuk adalah merupakan satu nama pada sijil kewangan yang seakan sama dengan surat hutang Islam. Sukuk juga boleh didefinisikan sebagai sijil bernilai dengan sebahagian atau keseluruhan dari pemilikan harta dalam mendapatkan hasil dan jasa dalam kepemilikan aset ataupun sukuk adalah surat yang berharga yang sangat sesuai dengan syariah Islam yang berprinsip melarang pembayaran riba.

Permintaan terhadap sukuk semakin memberangsangkan kerana ianya telah berkembang dengan begitu pesat dan menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko yang rendah, pendapatan yang tetap serta berlandaskan syariah. Sukuk juga boleh dikenali dengan nama Bon Patuh Syariah dan terdapat persamaan antara sukuk dengan bon konvesional seperti mempunyai tempoh matang, kupon profit dan boleh dijual beli pada harga hasil.

Walau terdapat persamaan antara sukuk dengan bon konvesional namun perbezaan juga adalah amat ketara iaitu bon konvesional adalah merupakan klaim seseorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang mengeluarkan bon. Sebagai contoh seseorang pelabur telah melanggang bon yang bernilai RM1000 dan pada setiap tahun akan diberikan faedah sebanyak RM100 di sini sekiranya faedah 10% sehingga matang namun setelah matang pelabur akan diberikan faedah itu dan serta dibayar semula dengan harga hasil bon tersebut iaitu RM1000.

Berkenaan dengan pengiraan keuntungan sukuk adalah sama dengan bon konvesional akan tetapi dalam sukuk seorang pelabur yang bukan pada aliran tunai semata-mata tetapi seorang pelabur adalah pada manfaat sesebuah aset yang digunakan melalui wang yang dijana dalam kaedah pembiayaan sukuk.

Penstrukturan sukuk adalah bukan pertukaran wang dengan sijil sahaja tetapi ianya adalah berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan. Pelbagai pertimbangan yang dilakukan  bagi membolehkan di mana pelabur dapat menerima keuntungan atau pun profit daripada transaksi tersebut.
Sukuk boleh  di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

1. Sukuk Ijarah
Suku ini adalah berdasarkan kepada pembelian atau penyewaan sesuatu aset melalui kontrak, bayaran sewa dan lain-lain lagi. Ianya adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan ciri-ciri asas pada sukuk ini ialah penekanan kepada kontrak yang mana pemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut. Manakala sewaan pula adalah melibatkan orang ketiga.

2. Sukuk Mudharabah
Sukuk Mudharabah adalah merupakan sukuk yang berkaitan dengan pelaburan dan pemilikan ekuiti Mudharabah merupakan pemilik aset. Pemilik aset akan menyerahkan kepada pihak yang ketiga bagi bertanggungjawap dalam menguruskan aset tersebut. Manakala apabila mendapat keuntungan, maka ianya akan dibahagikan berdasarkan kepada persetujuan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tujuan sukuk ini adalah bagi menggalakkan peningkatan dalam penyertaan diri dalam projek-projek yang mempunyai pelaburan yang besar.

3. Sukuk Musyarakah
Sukuk Musyarakah adalah merupakan sukuk pelaburan yang melibatkan perwakilan ekuiti Musyarakah yang bermaksud perkongsian pemilikan yang melibatkan lebih dari dua orang individu dalam menubuhkan sesuatu perniagaan. Pembahagian keuntungan atau pun kerugian adalah berdasarkan kepada kadar pemilikan ekuiti. Tujuan sukuk ini adalah untuk mendapatkan dana dalam sesuatu projek dan juga mengembangankan kepada projek yang sedia ada.

4. Sukuk Salam
Sukuk Salam pula menerangkan sijil pelaburan yang diterbitkan pada nilai yang sama dan bertujuan dalam menggerakkan modal atau dengan kata lain, pemegang sijil akan mengeluarkan modal  terlebih dahulu dan akan diperolehi pada waktu-waktu yang tertentu yang telah ditetapkan. Pemegang-pemegang sijil berhak ke atas pelaburan yang diceburi itu.

Takaful
Takaful merupakan satu bidang insurans yang berasaskan kepada hubungan persaudaraan Islam, saling rasa tanggungjawab dan saling bekerjasama dikalangan peserta. Konsep insurans ini boleh dibezakan apabila dibandingkan dengan insurans konvensional kerana takaful menerapkan konsep keikhlasan dan tabarru’.Dengan kata lain konsep takaful ini bertujuan mewujudkan perhubungan yang erat secara Islam antara peserta yang telah bersetuju menanggung secara bersama segala kerugian yang disebabkan oleh risiko seperti kematian dan sebagainya yang menimpa dikalangan mereka.

Beberapa konsep syariah yang telah dijadikan asas dalam sistem takaful dalam memastikan ianya benar-benar menepati syariat dan berbeza jika dibandingkan dengan insurans konvensional dan di antara prinsip asasnya ialah Al-Takaful.

Al-Takaful dalam bahasa arab membawa maksud saling jamin menjamin atau saling pelihara memelihara. Konsep ini mengandungi prinsip kerjasama, saling tolong menolong dan tanggungjawab bersama yang menjadi asas kepada sistem insurans Islam. Sebagaimana dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menggesa agar manusia mengamalkan sifat di atas dan antaranya ialah firman Allah yang bernaksud :

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan."                  (al-Mai’dah : 2)

Al-Tabarru’  pula merupakan satu konsep asas kontrak takaful. Secara umum ianya bermaksud menderma, membuat kebajikan dan membantu yang selari dengan konsep al-Takaful.  Konsep Perniagaan yang dibina berdasarkan konsep ini akan menggambarkan satu idea perlindungan bersama yang berasaskan perpaduan, rasa tanggungjawab dan perhubungan persaudaraan antara para peserta.

Para peserta takaful telah memeterai perjanjian bersetuju untuk memberikan bahagian tertentu daripada sumbangan atau carumannya bagi memenuhi tanggungjawab dalam konsep takaful untuk menyediakan bantuan dan sama menanggung sesama mereka kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagai balasan kepada penyertaan dalam khidmat takaful yang dibuat secara tabarru’.

Al- Mudharabah  merupakan konsep yang juga dikenali sebagai al-Qiradh yang salah satu konsep yang biasa digunakan dalam amalan takaful.  Sarjana fiqh berpendapat perkongsian seperti ini berlaku apabila pemilik menyerahkan hartanya kepada seseorang untuk diusahakan dan diniaga. Keuntungan pula akan sekiranya ada akan dikongsikan bersama dan di atas dasar inilah ianya dinamakan al-Syarikah.  

Pihak yang mempunyai modal tetapi tidak mempunyai kemahiran, keupayaan dan pengalaman boleh menyediakan modal tersebut kepada pihak yang mempunyai kualiti di atas melaburkan modal tersebut di dalam bidang pelaburan yang boleh membawa kepada keuntungan.

Antara dalil yang menunjukkah pensyariatan al-Mudharabah ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada bapanya al-Abbas bin Abdul Muttalib r.a yang membawa maksud:

"Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa barangan ini melalui laut atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta  ini untuk membeli haiwan yang mempunyai 'hati yang lembap' (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantikannya. Syarat ini telah disampaikan kepada  Rasulullah SAW dan beliau membenarkannya." 
 (Riwayat al-Baihaqi)

Pasaran Saham Islam
Pasaran saham Islam adalah merujuk kepada sebuah pasaran yang sama ada ianya berbentuk bursa saham ataupun pasaran atas kaunter di mana segala aktiviti syarikat saham yang terlibat boleh dijalankan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam. Pasaran saham Islam juga merupakan pasaran saham yang mengaplikasikan perundanagn Islam dalam urusniaga pasaran bebas.

Tempat rasmi urusniaga saham ialah tempat yang digunakan oleh pembeli dan penjual dalam menjalankan urusnia secara sekuriti seperti Bursa Malaysia. Analisis perkembangan pasaran saham Islam di Malaysia dilarang oleh Islam dan mesti bebas daripada unsur-unsur seperti riba, perjudian dan kesamaran.

Pasaran saham di Malaysia, saham-saham yang diniagakan dikenali dengan nama kaunter-kaunter lulus syariah yang dikawal selia sepenuhnya oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti melalui Majlis Penasihat Syariah yang bertujuan memastikan segala aktiviti perniagaan adalah bersesuaian dan menepati kehendak syariah serta bebas dari perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.

Pada prinsipnya pelaburan dalam saham selagi tidak melanggar had-had yang telah ditetapkan oleh Syariah.Sijil saham juga boleh dijual beli dalam Islam kerana ianya adalah mewakili tentang hak pelabur terhadap sebahagian harta Analisis Perkembangan Pasaran Saham di Malaysia. Sumber utama yang menjadi rujukan dalam menjalankan penyelidikan dalam pasaran saham adalah al-Quran dan al-Sunnah. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam menyelesaikan masalah yang timbul dari urusan seharian bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada Rasulullah dan juga kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah) rasulNya, jika kamu benar beriman”

Sepatutnya umat Islam hendaklah peka dan memahami berkenaan institusi Pasaran Saham. Banyak perkara yang mereka perlu pelajari supaya mereka akan turut serta bersama-sama dalam mengaktofkan diri sebagai pelabur. Amanah Saham merupakan salah satu pelaburan yang membolehkan sesebuah syarikat pengurusan tabungan untuk membuat pelaburan tanpa kewujudan institusi amanah saham.

Pentingnya Islam melihat usaha manabung dan melabur dalam memperkukuhkan ekonomi umat Islam. Islam mempunyai prinsip kawalan yang lengkap untuk mengawal semoga segala kegiatan tidak akan melanggar syariat Islam. Islam menyatakan bahawa mana-mana pelaburan saham dalam sesebuah syarikat di anggap bersesuaian dengan Islam apabila mempunyai ciri seperti yang berikut:

-           Kegiatan aktiviti-aktiviti ekonomi syarikat berkenaan tidak bercanggah dengan Islam
-           Sumber Pembiayaan pelaburan tidak mengandungi unsur riba
-           Tidak sama sekali wujud unsur perjudian dalam mekanisme kegiatan pelaburan terbabit
-         Tidak terdapat unsur manupulasi pemasaran atau sifat penindasan yang seterusnya mempengaruhi harga sesuatu saham untuk kepentingan diri atau institusi terbabit.


Walaubagaimanapun tanpa cirri-ciri yang negatif, pelabur dalam saham akan menepati peraturan agama. Seterusnya penglibatan secara aktif adalah sangat-sangat digalakan demi pembangunan ekonomi ummah..

No comments:

Post a Comment