Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Apa itu SUKUK???



Sukuk merupakan nama pada sebuah sijil kewangan dan dapat dilihat sama dengan surat hutang Islam. Namun demikian, fixed income, surat hutang berunsur kepada bunga/faedah adalah tidak diperbolehkan dalam Islam kerana mempunyai unsur riba. Sukuk adalah surat berharga yang sesuai dengan Shariah Islam dan prinsip-prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba.





Sukuk telah berkembang menjadi antara metod pembiayaan pelaburan yang berasaskan prinsip-prinsip Shariah di era ini. Permintaan kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana ianya menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip Shariah.

Definisi sukuk
Sijil bernilai sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan asset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah menerima nilai sukuk , disaat jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.

Sukuk juga boleh dikenali sebagai Bon patuh Syariah. Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia  selalu mempunyai tempoh matang (term maturity), mempunyai kupon profit, serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).

Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional ialah bon konvensional merupakan klaim seorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan penerbit adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. 

Sebagai contoh seorang pelabur melanggan bon bernilai RM 1000 dan setiap tahun akan diberikan faedah sebanyak RM 100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh matang. Setelah Bon itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun itu serta dibayar semula harga hasil bon tersebut iaitu RM 1000.

Bagi sukuk pula, metod pengiraan profit adalah serupa dengan bon konvensional, akan tetapi di dalam kontrak sukuk, klaim seorang pelabur bukan pada aliran wang tunai semata-mata, akan tetapi klaim seorang pelabur adalah pada manfaat sebuah aset yang digunakan oleh wang yang dijana melalui kaedah pembiayaan sukuk. 

Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset. Kemudian pemegang sijil sukuk mempunyai klaim ke atas manfaat yang dijana aset tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya sekiranya pelabur melanggan RM 1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur akan menerima RM 100 setiap tahun dan RM 1100 pada tempoh matang.
Sukuk juga telah distruktur dimana terbitannya bukan pertukaran antara wang dengan dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana akan membolehkan pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut.

Satu lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula pokok pelaburan. Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih dapat klaim sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.

Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:

1. Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati

Sukuk Ijarah merupakan satu kontrak yang berlaku berdasarkan pembeliansesuatu aset dan menyewa aset tersebut kepada pelanggan atau pemegang sijil/kontrak dan hasil yang diterima adalah melalui bayaran sewa. Tempoh dansegala bayaran yang berkaitan dengan sewa yang berlaku sepanjang tempohpenyewaan tersebut adalah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua- dua belahpihak. Ciri- ciri asas yang perlu dititikberatkan oleh kontrak jenis ini adalahpemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut. Sewaan berlakuapabila ada penglibatan orang ketiga.

2. Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal
Sukuk Mudharabah adalah sebuah sukuk pelaburan yang memiliki sebahagiandaripada pemilikan ekuiti Mudharabah. Ekuiti Mudharabah adalah pemilik asettersebut menyerahkan asetnya kepada seseorang yang bertanggungjawab untukmenguruskannya. Keuntungan yang diperolehi akan diagihkan mengikutperjanjian di antara dua pihak. Sekiranya berlaku kerugian, ia akan ditanggungoleh pemilik aset tersebut.

 Ia akan didaftarkan pada nama pemegang keranaatas dasar pemilikan penuh saham dan pulangan yang akan diperolehi olehpemegang- pemegang saham tersebut akan diagihkan berdasarkan peratus (%)yang dilaburkan ke dalam pemilikan tersebut. Tujuan saham jenis ini diwujudkanadalah untuk menggalakkan peningkatan dalam penyertaan masyarakat untukmelibatkan diri dalam projek- projek yang mempunyai pelaburan besar.

3. Sukuk Musyarakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi.
Sukuk Musyarakah menerangkan sukuk pelaburan yang mewakili ekuitiMusyarakah. Ekuiti Musyarakah disini bermaksud, ekuiti yang berlaku hasildaripada perkongsian pemilikan yang melebihi dua orang untuk menubuhkansesuatu perniagaan yang berteraskan keuntungan dan dibahagikan samaratamengikut kadar pemilikan. Sekiranya berlaku sebarang kerugian, ia juga akandibahagikan mengikut nisbah- nisbah kadar pemilikan saham di dalamperkongsian tersebut. 

Tujuan sukuk ini diwujudkan adalah untuk mendapatkandana yang bertujuan untuk membuat projek baru. Selain itu, ia juga digunakanuntuk mempertingkatkan lagi projek yang telah sedia ada dan digunakan jugasebagai pembiayaan kegiatan yang diusahakan oleh perkongsian tersebut.
4. Sukuk Salam: Salam sukuk adalah sijil yang mempunyai nilai yang sama yang dikeluarkan bagi maksud menggerakkan modal Salam supaya barang-barang untuk diserahkan pada asas Salam datang ke pemilikan pemegang sijil.
Sukuk Salam pula adalah menerangkan tentang sijil pelaburan yang diterbitkanpada nilai yang sama bertujuan untuk menggerakkan modal yang dibayar semata- mata pada bayaran muka dan komoditi akan dihantar dan diterimakemudian.
dengan kata lainnya, pemegang sijil ini akan mengeluarkan modalterlebih dahulu dan hasilnya akan diperolehi pada waktu- waktu tertentu yangtelah ditetapkan. Pemegang ± pemegang sijil ini berhak ke atas komoditi ketikakomoditi tersebut dihantarkan kepada mereka.iii.

Kesimpulan

Pelaburan sukuk merupakan antara pelaburan ideal bagi pelabur yang menghendaki pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang Shariah Compliant. Walaubagaimanapun, terdapat juga kontroversi dan kritikan mengenai beberapa jenis struktur sukuk yang dikatakan miripnya terlalu hampir dengan riba oleh Syeikh Taqi Usmani. Oleh itu sebelum anda membuat keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian mengenai instrumen sukuk yang anda minati. Di Malaysia ini, cukuplah sekiranya sukuk itu telah diluluskan oleh Shariah Board Suruhanja Sekuriti Malaysia. Anda sudah boleh meyakinkan diri anda untuk melabur dalam sukuk tersebu



No comments:

Post a Comment