Pesanan Panaja

Monday, June 14, 2010

Islam? Iman? Ihsan? Kiamat&Tanda2?



Daripada Umar al-Khattab r.a, katanya: Sedang kami duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul seorang lelaki, amat putih pakaiannya dan hitam rambutnya, tanpa kelihatan daripadanya kesan-kesan perjalanan (pengembaraan), dan tiada seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga duduk mendekati Rasulullah, lalu dirapatkan lututnya kepada lutut baginda dan meletakkan kedua-dua tangannya ke atas paha Rasulullah seraya berkata: “Wahai Muhammad! Beritahu kepadaku mengenai Islam.”

Jawab baginda: “Islam itu
1-engkau bersaksi tiada Tuhan selain Allah
2-dan bersaksi bahawa Muhammad itu utusan (pesuruh) Allah (kepada seluruh manusia)
3-dan mendirikan solat
4-mengeluarkan zakat
5-mengunjungi Baitullah untuk mengerjakan haji sekiranya berkuasa melakukannya.”

Jawab lelaki tersebut: “Benar katamu itu.” Kata Umar r.a: Kami hairan akan lelaki itu, dia yang bertanya, lalu dia pula yang membenarkan jawapan baginda.

Tambah lelaki itu, “Beritahuku, apakah Iman itu?”

Sabda baginda, “Iman itu ialah
1-kamu percaya dan beriman kepada Allah
2-kepada Malaikat-Nya
3-kitab-kitab-Nya
4-Rasul-Nya
5-hari akhirat
6-qadar baik dan jahat itu daripada Allah.

”Dia bertanya tentang Ihsan pula,

maka sabda Nabi:
“Ihsan itu ialah kamu beribadat (menyembah Allah) seolah-olah kamu melihat-Nya sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka (yakinlah) Allah tetap melihatmu.

” 0rang itu bertanya mengenai kiamat pula,
maka sabda baginda: “Masakan yang ditanya lebih tahu daripada yang bertanya?”

Orang itu mengalih pertanyaannya kepada tanda-tanda kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tandanya ialah
-perempuan melahirkan tuannya sendiri (anak yang sanggup memperhambakan ibunya),
-kamu akan melihat orang-orang desa yang berkaki ayam, koyak rabak pakaiannya, dan
-pengembala kambing berlumba-lumba mendirikan bangunan.

” Kata Umar: Kemudian lelaki itu pun berlalu. Setelah aku berdiam sebentar. Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Hai Umar! Tahukah kamu siapa lelaki yang bertanya tadi?” Jawabku, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Itulah Jibril, dia datang mengajar agama kamu.” (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment