Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi kita Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Al-Quran merupakan petunjuk kepada sekelian umat manusia yang bergelar insan.Ia juga merupakan mukjizat atau kalam Allah yang menjadi rujukan kepada setiap umat manusia. Peristiwa penurunan al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w mengambil masa selama 23 tahun. Peristiwa nuzul ini manjadi satu peristiwa yang bersejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga berperingkat- peringkat manjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang kita lihat pada masa kini. Peristiwa nuzul ini berlaku pada malam jumaat, 17 Ramadhan merupakan tahun ke 41 daripada keputeraan rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila kita lihat dari segi perkataan, ‘NUZUL’ bermakna turun atau berpindah dari atas ke bawah. Apabila disebut bahawa al-Quran itu adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. maka ianya membawa makna yang terlalu besar kepada umat islam terutamanya kepada mereka yang mengkaji dengan lebih mendalam tentang rahsia-rahsia yang terdapat pada kitab al-Quran.
Apabila kita lihat dari segi bahasa, perkataan al-Quran memberi maksud bacaan atau himpunan. Di dalamnya mengandungi himpunan-himpunan ayat yang menjelaskan pelbagai perkara. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Inilah yang sebenanya merupakan kelebihan al-Quran yang mana di dalamya tidak ada satu pun perkara yang yang dicuaikan atau tertinggal di dalamnya. Dengan kata lain, segala-galanya adalah terkandung di dalam al-Quran.
No comments:
Post a Comment