Pesanan Panaja

Sunday, August 29, 2010

PeNgErTiAn TaDaRrUj & PeNdEkAtAn

Tadarruj dari bahasa arab, darija maksudnya beransur-ansur. Mengikut pendapat Dr. Yusuf Al-Qardawi seperti  di dalam bukunya ‘Al-Khoshoish Al-Ammah Lil Islam’, apa yang boleh  dimaksudkan dengan tadarruj ialah suatu pendekatan secara bertahap atau beransur-ansur dalam memastikan pelaksanaan hukum syarak dijalankan secara berkesan dan sempurna. Pendekatan  yang dibawa oleh Allah S.W.T. ini juga turut mengambil kira tabii manusiawi dan konteks realiti semasa dalam perlaksanaan syariat Islam.

Selain daripada itu, tadarruj juga boleh dimaksudkan adalah kita tidak tergesa-gesa  dalam bekerja untuk mencapai sesuatu tujuan. Segala amalan harus disusun dan direncanakan mengikuti tingkatan-tingkatan atau tahap-tahap yang telah ditentukan. Sebagai contoh seperti keupayaan pembentukan harus didahulukan daripada keupayaan-keupayaan yang lain di dalam suasana yang lebih berat dan akan mendatang.

Di dalam proses pengkajian tentang kedudukan sesuatu hukum tadarruj, sudah semestinya kita mesti memahami terlebih dahulu tentang pengertian makna tadarruj itu sandiri. Terdapat banyak pemahaman mengena tadarruj (bertahap) dan di antaranya adalah:


i)              Pemahaman yang pertama membawa maksud tadarruj sering diertikan dengan  cara penerapan syari’at Islam secara bertahap Atau dengan kata lain, tadarruj adalah menerapkan atau mengakui hukum kufur yang dianggap dekat dengan syari’at Islam sebagai tahap untuk menerapkan syari’at Islam secara sempurna.

ii)             Pemahaman yang kedua ialah tadarruj juga bermaksud penerapan sebagian syari’at Islam dan “berdiam diri” terhadap sebagian hukum-hukum kufur untuk sementara waktu sampai tibanya waktu untuk menerapkan syari’at Islam secara sempurna.

iii)            Pemahaman yang ketiga ialah tadarruj kadang-kadang juga berhubungan dengan pemikiran-pemikiran yang bersangkutan dengan aqidah. Kadang-kadang tadarruj juga berhubungan dengan permasalahan hukum syari’at sebagai contoh seorang wanita muslimah mengenakan jilbab yang tidak panjang, sehinggalah tiba waktunya mengenakan jilbab yang sempurna.

iv)           Pemahaman yang keempat pula berpendapat, tadarruj juga boleh dimaksudkan sebagai keupayaan untuk menerapkan hukum syari’at dan berdiam diri terhadap hukum-hukum kufur dengan harapan semakin lama akan semakin banyak hukum Islam yang diterapkan hingga seluruh sistem berubah sesuai dengan syari’at Islam.
                                                                                                                        Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment