Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci,maka anggaplah jiwa dan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba.Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputua asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu ke atas mereka ialah sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini..Sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama tidak seorang pun yang lebih mulia dari lainnya terkecuali dalam taqwa dan amal soleh.Ingatlah kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan ke atas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku.Dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku meyampaikan pula kepada orang lain,dan yang lain menyampaikannya pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata ku dari mereka yang mendengar terus dariku.Saksikan ya Allah bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 di Lembah Uranah,Gunung Arafah..
Keratan diambil dari email terpilih (simpanan) Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment