Pesanan Panaja

Wednesday, September 29, 2010

PuAsA 6 HaRi DiBuLaN SyAwAL

Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 27:

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Puasa enam ini hukumnya sunat. Abu Ayub RA meriwayatkan sebuah hadith sahih, sabda Rasulullah SAW: 

Maksudnya:Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Shawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang masa”.(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini melaksanakan puasa wajib Ramadhan dan disambung pula dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka  ganjaran pahalanya  seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Masa yang sesuai untuk melaksanakaan puasa enam ialah Para ulama telah menentukan puasa enam ini boleh dilaksanakan dalam dua bentuk,

1.  Menunaikan puasa terus menerus selama enam hari mulai dari 2 Syawal dan
2. Boleh dikerjakan berselang seli mengikut keupayaan dalam bulan Syawal.

Bagaimanapun puasa enam ini lebih afdhal dilaksanakan enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal selepas hari raya yang pertama.

Antara fadhilat  puasa enam ini ialah
1. Memberi pahala sepanjang masa.
2. Sebagai langkah tambahan menampung kelemahan puasa wajib Ramadhan.
3. Mengulangi puasa sesudah Ramadhan sebagai tanda keyakinan puasa kita diterima Allah SWT.
4. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT
5. Sebagai tanda kekal mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menurut Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar, salah seorang ulama terkenal al- Azhar didalam kitab himpunan fatwanya menyatakan: hukumnya dibolehkan  seseorang  berpuasa enam dan niat serentak untuk qadha puasanya. Niat ini terhasillah baginya pahala qadha  dan pahala puasa 6 Syawal. Bagaimana pun  yang afdhalnya ialah dipisahkan antara puasa qadha  dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

No comments:

Post a Comment