Pesanan Panaja

Tuesday, October 26, 2010

IbN KhALdUn - SiAsAh SyARiYaH



Para agamawan telah banyak berjasa dalam merungkai kekusutan dan permasalahan politik umat Islam dari zaman ke zaman. Ramai tokoh yang terkenal telah menyumbangkan buah fikiran mereka terutamanya dalam Siasah Syariah dan termasuklah tokoh ilmuan yang terkenal iaitu Ibn Khaldun.

Ibn Khaldun merupakan seorang sarjana Islam dan tokoh kenegaraan yang disegani pada kurun kelapan Hijrah.

Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami berketurunan arab Yaman. Beliau telah dilahirkan pada tahun 732H/1332M di Tunisia. Lahir dalam keluarga yang berpendidikan tinggi, beliau telah didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan semasa mudanya. 

Ibn Khaldun telah menuntut ilmu dengan guru-guru yang terkenal seperti:
(a) Ahmad ibn al-Qassar;
(b) Lisanuddin ibn al-Khalib; dan
(c) Muhammad ibn Ibrahim al-Abadi.

Ibn Khaldun yang dikenali dengan kehebatan akal budi, dan kemasyhuran karya yang bertajuk "al-Muqaddimah", telah dilihat sebagai pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden terutamanya dalam bidang sosiologi, politik, ekonomi dan falsafah berasaskan keagamaan. 

Kesarjanaan beliau juga turut terserlah dalam bidang sains dan teknologi seperti astronomi, numerologi dan kimia. Dengan segala kepakaran ini, maka Ibn Khaldun telah dianggap sebagai "Bapa Sejarah Kebudayaan dan Sains Sosial Moden".

Dalam aspek pemerintahan, Ibn Khaldun telah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan Tunisia dan Maghribi. Antara jawatan tersebut ialah Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq, Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim dan Duta Raja Moor di Granada kepada Pedro "The Cruel of Castile". Dengan pengalaman-pengalaman yang diperolehi sepanjang kerjaya beliau ini, Ibn Khaldun telah memajukan konsep politik, pemerintahan dan ekonomi negara.

Ibn Khaldun telah merantau ke Mesir pada tahun 1382M. Di situ, beliau telah menghabiskan sisa kehidupannya sebagai pensyarah di Universiti al-Azhar. Dalam masa yang sama, beliau juga pernah dilantik sebagai Hakim Di-Raja oleh Sultan Abu al-Abbas di Kaherah. Pada tahun 808H/1406M, dunia Islam kehilangan seorang tokoh apabila Ibn Khaldun telah meninggal dunia di Kaherah ketika berusia 87 tahun.


rujukan : modul siasah syariah oum

No comments:

Post a Comment