Pesanan Panaja

Wednesday, October 13, 2010

SiASaH SyARiYaH - SeJaRaH PeNuLiSaN



Siasah Syariah atau Sistem Politik Islam bukanlah ilmu baru dalam kalangan
ulama Islam, malah perbahasan dan perbincangan mengenainya telah merentas
masa mahupun sempadan geografi. Ianya sejajar dengan kepentingannya yang
secara langsung berkait rapat dengan kelangsungan Islam dan umat Islam itu
sendiri.


Justeru, semenjak awal kurun lagi telah wujud ramai cendekiawan Islam yang
menulis tentang Siasah Syariah seperti:

(a) Abu Yusuf (181H);
(b) Imam al-Mawardiy al-ShafiÊiy (450H);
(c) Abu YaÊla al-Hanbaliy (458H); dan
(d) Imam al-Haramain al-Juwainiy al-ShafiÊiy (476H).


Manakala pada zaman pertengahan pula, telah lahir penulisan-penulisan
berkaitan Siasah Syariah hasil karangan para ulama seperti:
(a) Ibn Taimiyyah al-Hanbaliy (728H);
(b) Ibn Qayyim al-Jawziyyah (751H);
(c) Ibn JamaÊah (749H); dan
(d) ÂAbd al-Rahman ibn Khaldun (1406M/808H).


Dalam era sains dan teknologi terkini, ditambah dengan kepelbagaian teori dan
praktikaliti sistem politik serta pemerintahan, ulama kontemporari Islam yang ada
pada masa itu adalah seperti:
(a) Al-Maududi;
(b) Dr. Yusuf al-Qaradawi;
(c) Dr. ÂArif Khalil Abu ÂEid;
(d) Dr. Muhammad Salim al-ÂEiwa;
(e) Dr. Mustafa al-SibaÊiy; dan
(f) para intelektual Islam yang lain.


Mereka terus gigih berbincang dan menulis berkaitan disiplin ilmu Siasah Syariah
berserta pendekatan-pendekatan baru yang selari dengan syariat agar ianya tetap
relevan sepanjang zaman.


Walaupun penulisan-penulisan hasil karangan para ulama sepanjang zaman ini di
didatangkan dengan tajuk-tajuk yang pelbagai seperti Al-Imamah, Al-Khilafah,
Nizam al-Hukm, Al-Siyasah al-SharÊiyyah dan sebagainya, yang pasti kesemuanya
saling berkaitan iaitu membicarakan tentang asas dan struktur pemerintahan serta
pentadbiran sesebuah negara Islam.


sedikit perkongsian pembelajaran

No comments:

Post a Comment