Pesanan Panaja

Friday, August 12, 2011

Puasa Sepanjang Sejarah

Sejarah amalan berpuasa muncul serentak dengan kelahiran manusia di muka bumi ini. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadah kepada umat Islam, malahan puasa turut menjadi satu amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno, Yunani, bangsa Rumawi dan Cina kuno.

Semenjak permulaan sejarah tamadun manusia, puasa telah diterima sebagai salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat di sisi Tuhan selain bertindak sebagai kaedah rawatan penyakit fizikal dan penyakit jiwa atau menghindari kemungkaran.



Bukti yang menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan Islam lagi ialah ayat 183 surah al-Baqarah yang dinukil di atas.
Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu dilakukan dalam empat bentuk utama seperti yang digambarkan pada Rajah di bawah :


                                                   
                                         Empat bentuk utama puasa umat-umat terdahulu

Bagi umat Islam, ibadah puasa diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abdullah Ibn Umar, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:

“Islam dibina di atas lima perkara: mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, mengucap syahadah bahawa Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan”.
 

No comments:

Post a Comment