Allah s.w.t telah mencipta kita dengan sebaik-baik kejadian. Kita adalah makhluk yang dicipta daripada berbagai-bagai unsur. Jasad kita berasal dari segumpal tanah. Kemudian Allah s.w.t meniupkan roh-Nya ke dalam jasad kita sehingga menjadi manusia yang boleh bergerak, berkata-kata, berfikir, mendengar, melihat dan merasa. Justeru itu, kita adalah manusia yang mempunyai unsur bumi dan langit. Unsur bumi ialah asal kejadian kita dari tanah dan keperluan kita kepada benda-benda yang ada di bumi bagi meneruskan kehidupan seperti udara, air, cahaya, makanan dan lain-lain lagi. Unsur langit pula, ialah roh yang ditiupkan ke dalam tubuh kita iaitu anugerah dari Allah s.w.t yang diturunkan dari langit (Yusuf al-Qardhawi, 1989).
Tubuh kita mempunyai empat unsur utama . Keempat-empat unsur ini perlu kita jaga dan pelihara. Mengabaikan salah satu daripada unsur-unsur ini, akan membawa kepada kelemahan dan kepincangan dalam hidup kita.
Empat unsur tubuh
Rasulullah menuntut kita agar berlaku adil kepada empat unsur tersebut di mana keempat-empatnya perlu diberi hak yang sama. Kita perlu menjaga kesihatan dan pemakanan agar jasmani kita sihat dan sejahtera. Kita juga perlu menyuburkan rohani kita dengan memelihara hubungan dan banyak berkomunikasi dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah banyak melakukan ibadat dan berzikir kepada Allah s.w.t. Begitu jugalah dengan pembangunan emosi dan intelektual (Yusof Qardhawi, 1989).
No comments:
Post a Comment