Pesanan Panaja

Sunday, July 28, 2013

Banyak rupanya sekolah Tahfiz di N.Sembilan, kenapa tak tahu?




Rupa-rupanya banyak sekolah tahfiz di Negeri Sembilan ini. Tetapi sayang setakat ini saya tak jumpa lagi laman web yang ada maklumat semua sekolah tahfiz di N.Sembilan ini untuk memudahkan para pelajar, ibu bapa dan penjaga membuat pilihan untuk sekolah tahfiz mana yang sesuai untuk anak-anak mereka.



Juga untuk memudahkan orang ramai untuk menderma di sekolah-sekolah tahfiz yang begitu banyak di Negeri Sembilan ini sebenarnya yang sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan terutamanya kewangan, cumanya mereka ini tidak menjalankan aktiviti kutip derma di tempat-tempat awam seperti di luar pintu bank, pasaraya dan sebagainya.

Kalau pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dapat mengumpulkan maklumat tersebut untuk kemudahan umat Islam di Malaysia dan di Negeri Sembilan khususnya amatlah elok ianya dipromosikan.

Kalau tak ada, mana-mana pengendali sekolah tahfiz atau pusat pendidikan Islam di Negeri Sembilan ini boleh saya masukkan dalam blog Pusat Pendidikan Agama Islam Negeri Sembilan di

http://puspa-ns.blogspot.com secara percuma atau boleh saya masukkan dalam blog saya di http://rozmal.blogspot.com

Sila e-melkan kepada saya rozmal@yahoo.com butiran yang perlu dimasukkan atau siarkan di MukaBuku saya di http://www.facebook.com/Rozmal

Berikut antara beberapa sekolah tahfiz di N.Sembilan yang saya jumpa melalui carian di internet tapi tiada maklumat lengkap :

Maahad Tahfiz YSU (Yayasan Sulammi Ulummiah), Rahang, Seremban

Madrasah Tahfiz Al Falah, Seremban

Maahad Tahfiz Al-Irshad, Labu

Madrasah Tahfiz Darussyifa, Tampin

Maahad Tahfiz alQuran An Najihah, Nilai

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah, Seremban

Sekolah Tahfiz Darul Ulum, Rasah

Maahad Tahfiz At-Tohiriah, Port Dickson

Maahad Tahfiz Darul Huffah, Lenggeng

No comments:

Post a Comment