Sesungguhnya fatwa yang dikeluarkan Sheihkul Al Azhar membenarkan pembunuhan rakyat Mesir itu mendapat penentangan kebanyakan umat Islam seluruh dunia.
Hukum asalnya memang dihalalkan darah rakyat yang menentang sebuah kerajaan Islam. Persoalan yang timbul apakah kerajaan semantara Mesir sekarng ini kerajaan Islam.
Presidennya semantara kerajaan semantara Mesir sekarang seorang kristian, Jika ia Hosni Mubarak sekalipun presidennya kerajaan itu bukanlah sebuah kerajaan Islam.
Inilah yang membuat kebanyakan umat Islam seluruh dunia mempertikaikan fatwa Sheikhkul Al Azhar itu.
Barangsiapa yang menentang dan mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan tidak sampai jatuh menghina seseorang ulamak sepertimana ada pendapat yang melarang mempertikaikan fatwa tersebut.
Lebih lebih lagi fatwa yang dikeluarkan itu berdasar prinsip peribadi untuk menjaga nyawanya sebagaimana bukti sejarah barasiapa yang menentang kerajaan keputusan kerajaannya akan dibunuh.
Salah seorang orang kanan tentera yang tidak setuju dengan operasi yang dilakukan membunuh tiga ribu rakyatnya itu turut dibunuh.
Sejarah telah membuktikan seramai 280 orang ulamak Mesir telah dibunuh oleh kerajaan Mesir sepanjang pemerintahan beberapa orang Priseden.
Atas sebab itulah Sheikhkul Al Azhar mengeluarkan fatwa yang jadi kontraversi selepas Dr Mursi di gulingkan.
Berapa ramai tenaga pengajar Al Ahzar dipaksa berbuat demikian, termasuk salah seorang yang dipaksa tulis sebuah buku tentang politik tidak ada kaitan dengan agama sepertimana yang kita maklum politik suku agama suku.
Mereka berbuat demikian semata mata untuk menyelamatkan nyawa dari melayan iaitu atas dasar darurat yang tidak boleh digunapakai kepada umum kerana ia bersifat peribadi sahaja.
Pada penulis barangsiapa yang menentang dan mempertikaikan fatwa tersebut tidak sampai jatuh menghina seseorang ulama, kerana fatwa itu hanya bersifat peribadi miskipun ada asasnya pada hukum asal.
tranungkite
No comments:
Post a Comment