Pesanan Panaja

Thursday, January 30, 2014

Blogger sebagai pendakwah?



Masyarakat kita telah berasimilasi dengan internet dan blog. Blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

Kadar penembusan Internet di Malaysia hanya 54 peratus tetapi pengguna sangat tinggi pengetahuan teknologi Internet. Kajian oleh Omnicom Media Group mendedahkan lebih 80 peratus pengguna Internet Malaysia sering bersembang secara online, menikmati hiburan (mendengar muzik, radio) dan membaca blog. Manakala 64 peratus menonton video secara online dan mengemas kini laman web jaringan sosial mereka.






Fungsi weblog bergantung kepada individu yang membangunkan blog tersebut. Blog yang tipikal akan menggabungkan teks, imej dan pautan-pautan yang diminati oleh penulis blog tersebut atau lebih dikenali sebagai blogger.

Bagi dakwah, “menguasai dunia” sebenarnya bukanlah perkara asing kerana ia merupakan ahdaf- al-da’wah (tujuan dakwah) yang utama. Dakwah Islamiah adalah bersifat anjal dari segi kaedah atau cara dakwahnya.

Sebarang peluang yang tersedia, menepati syariat, tidak wajar disia-siakan. Penggunaan teknologi maklumat dan komukmuasi (ICT) dalam dakwah adalah sangat penting dan dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Dengan adanya kemudahan ICT ini, menyebabkan segala tindakan, penyebaran maklumat, menjadi semakin pantas dan mampu memberi perubahan tentang kaedah dakwah di abad ini.

Kecanggihan ICT kini, menyebabkan seluruh dunia semakin mengecil sebagaimana yang kita istilahkan sebagai globalisasi telah memungkinkan blog digunakan untuk menyebarkan syiar Islam dilihat sebagai alternatif yang terbaik di zaman ini.

Justeru blog sudah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuk dakwah tanpa ada batasan. Wujud fenomena baru di dalam dunia ICT dikalangan generasi muda yang dipanggil weblog. Hampir dari kita semuanya sudah tidak asing lagi dengan blog atau weblog, contohnya Wordpress, Blogspot  dan lain-lain.

Apa itu Blog?
Blog merupakan singkatan daripada perkataan web log. Dari maksud itulah datangnya perkataan weblog. Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999.

Secara istilah, weblog bermaksud log ataupun buku log (buku yang penulis jadikan catatan nota semasa di bangku menengah) yang ditulis menggunakan laman web tertentu sama ada dari perkhidmatan blogger, blogsome, blogdrive dan lain-lain.

Pengaruh blog tidak boleh dinafikan lagi sebagai satu elemen penting untuk proses membuat keputusan kepada masyarakat hari ini. Malah ada yang menyebut ‘maklumat adalah kuasa’.

Sebahagian besar khususnya golongan muda yang celik komputer akan menerima maklumat yang dipaparkan dan berusaha untuk mengesahkan maklumat berkenaan.

Walaupun pada asasnya blog hanyalah teknologi yang berfungsi untuk menyampaikan maklumat sahaja, tetapi yang amat penting sekali adalah maklumat itu sendiri. Blog boleh dijadikan sebagai salah satu daripada medan penulisan yang mempunyai urutan kronologi dan dipaparkan untuk perkongsian maklumat.

Maklumat inilah yang amat diperlukan oleh manusia. Justeru, menjadi tanggungjawab para pendakwah, untuk membina lebih banyak laman web dan blog, seperti yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi (http: //www.Qardawi.com), Hasrizal Jamil (http://www.saifulislam.com) dan lain-lain lagi.

Malah hasil penelitian melalui laman alexa.com sebelum ini menunjukkan tiada satu pun laman web berbentuk dakwah atau elemen Islam yang tersenarai dalam 100 laman web popular di Malaysia. Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254), saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706).-HD


selatanonline

No comments:

Post a Comment