Pesanan Panaja

Wednesday, January 8, 2014

Kontroversi Jadi Imam Masjid Tetapi Pemuzik Rock



Ahmet Muhsin Tuzer, imam sebuah masjid di Turki harus berhadapan dengan pihak berkuasa agama di negerinya lantaran dia menjalani kehidupan sebagai pemuzik rock.






Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan, Rabu (4/11), Tuzer mengaku dia telah disiasat oleh Diyanet, dewan masjid nasional, kerana aktiviti bermusiknya.
“Saya sedang menunggu hasil dari penyelidikan mereka. Tapi apa pun hasilnya saya tetap akan bermuzik,” kata Tuzer dalam sebuah wawancara via telefon di tempat dia tinggal di kawasan Pinarkoy, Kota Kas.

Diyanet sedang mempertimbangkan apakah aktiviti bermuzik Tuzer sesuai dengan ajaran Islam dan tidak bertentangan dengan peranannya sebagai imam masjid, profesian yang digaji pemerintah.
“Saya ingin memperlihatkan bahawa anda boleh menjadi seorang muslim, mendengar muzik rock dan menjadi orang moden sekaligus,” kata lelaki kacak berusia 42 tahun itu.
Tuzer telah menjadi tontonan awam ketika Ogos lalu dia tampil di sebuah festival muzik di Kas bersama bandnya.





Sebelum itu Tuzer juga telah membuatkan para ulama di Turki berang ketika pada 1997 lalu. sewaktu masih menjadi imam masjid di Bandar Istanbul, dia menikahi seorang pelancong perempuan beragama Kristian yang kemudian masuk Islam. Dia kini sudah dikaruniakan seorang putra berusia sebelas tahun.

“Jika mereka akan memecat saya maka saya akan melawan di mahkamah. Saya akan terus menjalankan tugas seperti yang Allah percayakan kepada saya,” kata dia.- malaysiasensasi 


tranungkite

No comments:

Post a Comment