Pesanan Panaja

Thursday, January 30, 2014

Polis siasat NGO Islam protes di masjid



Polis daerah Barat Daya sedang menyiasat sekumpulan NGO Islam yang mengadakan protes di Masjid Bayan Baru malam tadi, kerana mereka mengesyaki masjid itu mungkin diserang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fa Hin memberitahu sidang akhbar di Balik Pulau hari ini bahawa protes oleh kira-kira 150 orang itu akan disiasat di Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.





Lai menolak desas-desus mengenai terdapat rancangan oleh pihak tertentu untuk menyerang masjid tersebut ansambil berkata pihak polis akan meningkatkan rondaan di gereja dan masjid sepanjang masa.



"Cara kumpulan itu mengadakan protes da berarak ke balai polis adalah
salah, jadi kita sedang menyiasat," tambahnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.

Jika mereka tidak jelas mengenai peraturannya, tegas beliau, mereka boleh datang dan berunding dengan pihak polis.

Bagi majlis yang berkaitan dengan agama pun, hanya maklumkan kepada pihak polis, katanya.

Lai juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau mencetuskan suasana panik awam.

Katanya, lebih 100 orang menyertai peserta proteos yang berkumpul di masjid, tetapi hanya 30 sahaja yang pergi ke balai polis Bayan Baru untuk membuat laporan.

Berdasarkan laporan di blog dan di Facebook, kumpulan yang membantah malam tadi termasuk Persatuan Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Al Ehsan.



Undang-undang memerlukan kumpulan yang bercadang untuk
mengadakan perhimpunan perlu memaklumkan kepada pihak polis 10 hari sebelum acara mereka. Terpulang kepada ketua polis daerah untuk membenarkan atau menolak notis mereka.

"Dalam kes seperti ini, di mana mereka tidak ada permit dan tidak memaklumkan kepada pihak polis, kita telah buka kertas siasatan berdasarkan undang-undang," kata Lai.

sumber"
tranungkite

No comments:

Post a Comment