Memandangkan sekarang adalah musim perkahwinan. Disini saya banyak ceritakan pasal perkahwinan.Tahniah bagi mereka yang akan berkahwin tak lama lagi. Saya ucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal ke anak cucu.Barakallahu laka wa alaika.Memandangkan banyak berlakunya kes2 penceraian dizaman sekarang. Pergaduhan antara suami isteri, sehinggakan ada yang hanya menikmati perkahwinan mereka beberapa bulan bahkan ada yang hanya beberapa minggu sahaja. Jadi saya disini mahu menjelaskan maksud perkahwinan dan cara untuk kita kekalkan alam rumahtangga kita. Moga2 apa yang baik dapat kita sama2 kongsi.
Tujuan kahwin
Allah telah jadikan makhluk2nya dengan pasangan masing. Maka mereka hidup dalam keadaan yang tidak sempurna jikalau pasangan mereka tidak ada. Begitulah sifat fitrah manusia. Manusia akan merasa tidak sempurna jika tiada pasangan bersama mereka walaupun hidup dalam keadaan yang mewah, banyak harta benda tapi tiada pasangan. Perkara ini telah berlaku pada Nabi Adam a.s. Walaupun hidup dalam syurga Allah. Hidup yang penuh mewah. Tetapi beliau masih lagi merasakan tidak sempurna. Selepas Allah jadikan Hazrat Hawa untuk Nabi Adam a.s, barulah beliau merasakan hidupnya sempurna.
Nikah atau perkahwinan adalah sunnah nabi kita.Sabda Rasullulah "Nikah itu adalah sunnahku". Jadi perkahwinan ini adalah ibadah dan ia adalah salah satu ibadat yang perlu kita tunaikan. Tapi kadang kalanya nikah itu menjadi haram atau tidak berapa sesuai dengan sesetengah orang. Oleh kerana itulah Ulama2 kita ada berkata hukum itu ada lima bahagian.
1. WAJIB KAHWIN
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. SUNNAT KAHWIN
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3.HARUS KAHWIN
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. MAKHRUH KAHWIN
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan
5. HARAM KAHWIN
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.
Begitulah hukum2 bagi lelaki yang mahu berkahwin.Islam mengalakkan kita berkahwin, tapi perlu lihat atas kemampuan kita juga.
HAK SUAMI ISTERI KEATAS SATU SAMA LAIN.
Jadi untuk kita mengekalkan perkahwinan kita sehingga keakhir hayat, perlulah suami isteri itu bertolak ansur antara satu sama lain dan perlu tahu apa hak2 masing2 yang perlu mereka tunaikan supaya hidup rumah tangga mereka akan damai dan boleh kita gelarkan "Rumahku Syurgaku".
Hazrat Hakeem bin Muawiyyah telah meriwayatkan dari ayahnya katanya satu hari ayahnya bertanya kepada Rasulullah : "Wahai pesuruh Allah! Apakah hak yang perlu kami tunaikan keatas isteri2 kami?" Rasulullah menjawab : "Hak kamu keatas mereka ialah apabila kamu makan maka kamu kena bagi mereka makan, dan bila kamu berpakaian maka pakaikan pakaian kepada mereka dan jangan kamu menampar ke muka isteri2 kamu and jangan mencela mereka dan jangan memutuskan hubungan dengan mereka".
Hazrat Abu hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: " Aku menasihatkan kamu menjaga isterikamu dengan baik. Maka terimalah nasihat ini kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok dan kalau kamu cuba luruskan ia maka akan patah (penceraian) dan kalau kamu biarkan maka dia akan terus bengkok.
Hazrat Umm Salmah meriwayatkan bahawa dia dan Maimunah satu hari telah berjumpa dengan Rasulullah yang pada masa itu bersama dengan Ibnu Umm Makhtum, Salah seorang sahabat nabi yang buta . Rasulullah telah beritahu pada kami : "Kamu berdua tutup muka kamu dari dia". Maka kami jawap : " Tetapi dia itu seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami dan mengenal kami". Rasulullah sabda : "Adakah kamu juga seorang yang buta?Adakah kamu tidak dapat melihat mereka?". Inilah yang dikatakan hak suami pada seorang isteri yang perlu dijaga supaya tidak melihat orang lain selain dari suami mereka.Kerana sifat semulajadi manusia juga adalah cemburu. Dan isteri adalah permata yang sangat berharga untuk kita sebagai suami menjaganya dari dicuri orang lain.
Dan isteri mesti selalu mentaati suaminya kerana Rasulullah ada bersabda : "Kalaulah ada sujud untuk orang lain, maka akan aku perintahkan isteri bersujud kepada suaminya". Jadi fahamlah kita bahawa mentaati suami adalah perkara yang sangat penting sekali. Tapi ketaatan disini pun dalam islam ada batasannya. Si isteri boleh mentaati seorang suaminya jikalau si suami tidak menyuruh si isteri buat perkara yang melanggar syariah islam.
Jadi inilah beberapa perkara yang dapat saya kongsikan dahulu.Insyallah, nanti saya akan perkatakan tentang calon suami isteri yang patut kita cari sebagai pasangan kita.Wabillahi tau fiq wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
sumber
No comments:
Post a Comment