Pesanan Panaja

Saturday, February 22, 2014

PEMIKIRAN KASSIM AHMAD!!! Musrsidul Am PAS kecam, mengapa Ulama Muda UMNO bela? (Video)











Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengecam pelopor anti hadis, Kassim Ahmad sebagai "rosak" pemikiran kerana menolak hadis.

Nik Aziz berkata, bekas pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia tersebut tidak boleh menafsirkan hal agama mengikut pemikirannya kerana sifat Tuhan yang sama sekali berbeza dengan manusia.

"Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal Allah tidak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu,kena tanya orang yang pandai, kerana Allah tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah," kata Nik Aziz yang dipetik berkata dalam Sinar Harian semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Minggu lalu, Kassim dalam satu seminar di Putrajaya menuduh ulama mengawal Islam di Malaysia menggunakan sistem kasta paderi, menyoal penggunaan hadis dalam menjelaskan ajaran Al-Quran dan mengatakan salah bagi orang Islam mendewakan Nabi Muhammad kerana "beliau hanya pesuruh Allah".

Kassim juga mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam, mengatakan "rambut bukan sebahagian daripada aurat" dalam ceramahnya yang bertajuk,  "Hala Tuju Malaysia dalam Masa 30 Tahun".

Seminar itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Nik Aziz turut mengecam tindakan Kassim yang mempertikaikan keperluan Nabi Muhammad diagungkan oleh penganut Islam.

"Oleh itu, tidak ada orang yang boleh kenal Allah, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya.Susulan kontroversi tersebut, pelbagai pihak menggesa tindakan tegas diambil ke atas Kassim.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga dilaporkan sedang menyiasat berhubung  penganjuran seminar tersebut di Putrajaya pada 15 dan 16 Febuari lalu.

Semalam, penyokong PAS dan NGO Islam di seluruh negara mula mengadakan perhimpunan bagi membantah kenyataan Kassim yang disifatkan sebagai anti hadis.

Dua perhimpunan besar diadakan iaitu di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur dan di Masjid Negeri, Ipoh, Perak bagi menyatakan bantahan terhadap Kassim.TMI

sumber

No comments:

Post a Comment