Pesanan Panaja

Saturday, February 22, 2014

Pusat Tahfiz ekspoitasi pelajar diarah tutup

Pusat Tahfiz ekspoitasi pelajar diarah tutup
ALOR SETAR: Sebuah pusat Tahfiz Amal di Yan, Kedah telah diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bermula 10 Feb kerana menjalankan operasi tanpa pendaftaran.

Notis berkuat kuasa serta-merta itu dikeluarkan JAIK sebagai susulan kepada notis bertarikh 1 Jan 2007, selepas ia didapati masih menjalankan operasi sebagai sekolah Islam meskipun tidak didaftarkan.





Pusat tahfiz yang terletak di Kilometer 17, Jalan Kuala Kedah itu dipercayai telah beroperasi sejak sekian lama dan mengeksploitasikan kanak-kanak bagi tujuan mengaut keuntungan.

Menurut Timbalan Pendaftar Sekolah-sekolah Agama JAIK, Mohd Fadil Ab Rahman, pihaknya akan melakukan pemantauan susulan bagi arahan notis tutup itu dipatuhi.

"Pihak kami akan melakukan pemantauan susulan bagi memastikan pengurusan sekolah mematuhi arahan notis tutup itu," katanya.

Menerusi notis tersebut, beliau menyatakan arahan itu sudah dilaporkan kepada pihak polis dan pihaknya sedang menanti apakah bentuk tindakan yang boleh diambil jika mereka enggan mematuhi notis berkenaan.

Katanya, notis itu telah ditandatangani pengarah JAIK, Datuk Noh Dahya yang dikeluarkan mengikut seksyen 12(1) Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah tahun 1988.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini mengesahkan pusat tahfiz tersebut bernaung di bawah ajaran Azhar Wahab atau Ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 membincangkan mengenai ajaran Azhar Wahab dan memutuskan ia bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada Islam sebenar.

Selain itu, majlis fatwa turut meminta mana-mana kumpulan ataupun orang perseorangan yang berpegang dan mengamal tersebut dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

Isu mengenai pusat itu yang memperalatkan pelajar mengutip derma menjadi tumpuan apabila beberapa laman web termasuk Facebook mendedahkan 'aktiviti' mereka.

Melalui laman media sosial itu, beberapa keping gambar individu yang didakwa sebagai pengetuanya sedang berhibur dan hidup mewah hasil kutipan derma yang dilakukan para pelajar sekolah itu.

sumber

No comments:

Post a Comment