Pesanan Panaja

Tuesday, February 18, 2014

Tidur Dalam Marah



Jangan tidur dalam keadaan marah atau dendam, kerana  kita tak kan pernah tau sama ada kita atau insan yang kita marah atau dendam itu akan bangun atau tidak pada keesokan hari.

Sebab itu dalam Islam kita disuruh untuk memaafkan semua orang sebelum tidur.
Suatu hari Rasulullah saw masuk ke rumah Sayyidah Fathimah as. Ketika itu, Fathimah sudah berbaring untuk tidur. Rasulullah saw lalu berkata,





“Wahai Fathimah, Janganlah engkau tidur sebelum engkau lakukan empat hal; mengkhatam Al-Quran, memperoleh syafaat dari para nabi, membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepadamu, serta melakukan haji dan umrah.”

Untuk membuat hati kaum mukminin dan mukminat senang dan rida kepada kita, kita dikehendaki memperbanyakkan istighfar bagi diri kita, orang tua kita dan seleuruh mukminin dan mukminat. Memohon ampun kepada Allah untuk diri kita, kedua ibubapa kita dan semua orang yang pernah berbuat salah kepada kita.

Marah Bawa Aura Negatif

Kajian juga menunjukkan marah yang membawa aura negatif boleh menyebabkan kualiti tidur kita terganggu. Otak terpaksa bekerja untuk menyimpan memori marah tersebut. Marah yang berlebihan mengganggu kesihatan jantung dan menaikkan tekanan darah.

So jom sama-sama kita beristighfar sebelum tidur dan memaafkan mereka-mereka yang pernah buat salah dengan kita. Walaupun tak senang, tapi kena ada niat dan usaha untuk melakukannya. In Shaa Allah dipermudahkan.

sumber

No comments:

Post a Comment