Pesanan Panaja

Wednesday, May 28, 2014

Untungnya jadi banduan, ambil degree tak perlu pinjam PTPTN



28 Mei 2014  KAJANG: Di dalam sebuah bilik yang sunyi, Stephen dan Hussein (bukan nama sebenar) sedang leka memandang komputer mereka, menyiapkan tugasan untuk tahun terakhir program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.



Stephen dan Hussein, yang masa depannya tidak menentu, melanjutkan pelajaran mereka di dalam tembok Penjara Kajang.

Stephen dari Shah Alam dipenjara kerana terlibat dengan pertelingkahan antara seorang rakan dan kekasihnya sebelum insiden itu berakhir dengan kematian.

Hussein dibuang sekolah dan meninggalkan Sabah ketika berusia 14 tahun untuk berhijrah ke Kuala Selangor menjadi pembantu dapur. Berang kerana gajinya selama lima bulan tidak dibayar, dia bertindak di luar kawalan membunuh majikannya semasa konfrontasi.

Sekolah Integriti Kajang mula beroperasi di kompleks penjara pada tahun hadapan, membolehkan banduan meneruskan pelajaran mereka dibawa bimbingan guru-guru yang berkhidmat secara sukarela.

"
tranungkite

No comments:

Post a Comment