Pesanan Panaja

Monday, March 23, 2015

Akibat Kencing Di Atas Kubah Masjid




Pada 6 Desember 1992, Puak pelampau hindu di India telah meruntuhkan masjid Babri yang terletak di Ayodhya, India. Dalam kejadian itu, beberapa orang hindu telah memanjat kubah masjid Babri untuk merobohkannya.Gambar di atas menunjukkan 2 orang pemuda berbangsa sikh sedang berdiri di atas kubah masjid Babri, seorag bernama Dharmindar Singh dan seorang lagi bernama Balbir Singh.




Dharmindar Singh telah membuang air kencing di atas kubah masjid Babri semasa sedang merobohkan kubah. Akibatnya dengan izin ALLAH SWT dia telah menjadi gila dan berkelakuan tidak siuman sehingga susah untuk dikawal oleh ibu bapanya.Ibu bapa Dharmindar telah berikhtiar sedaya upaya untuk menyembuhkan anaknya yg gila itu tetapi tidak berjaya malah menjadi semakin teruk.Akhirnya ibu bapa Dharmindar telah membawa anaknya itu untuk pergi berjumpa dengan seorg ulamak yang terkenal di India iaitu Maulana Kaleem Siddiqi. Mereka menceritakan kisah sebenarnya kepada ulamak tersebut.Ulamak itu pun terus berdoa kepada ALLAH SWT untuk menyembuhkan Dharmindar yg gila itu. Akhirnya dengan izin ALLAH SWT dia pun sembuh.Kini Dharmindar telah menjadi seorang Islam yang taat kepada perintah ALLAH SWT dan namanya telah bertukar menjadi Muhamad Umar.



Kisah ke dua pula mengenai Balbir Singh..dia pula telah menghadapi berbagai musibah dalam keluarganya sehingga ayahnya sendiri telah memulaukan anaknya. Ayahnya pernah bertanya kepada Balbir singh, "Kenapa awak merobohkan rumah tuhan?". Itu adalah perkataan terakhir ayahnya sebelum meninggal dunia.Akhirnya Balbir Singh telah mendapat ilham untuk berjumpa dengan ulamak Maulana Kaleem Siddiqi dan kini Balbir Singh telahpun menjadi seorang Islam dan namanya bertukar menjadi Muhamad Amir, kedua mereka kini telah menjadi pendakwah yang sedang giat menyebarkan islam.-sumber:fb



No comments:

Post a Comment