Pesanan Panaja

Sunday, May 10, 2015

Jutawan bawa 6400 pekerja bercuti di Perancis


Seorang jutawan China membawa 6,400 pekerjanya bercuti serentak selama empat hari ke Perancis.

Li Jinyuan, 57, yang disenarai majalah Forbes sebagai antara individu terkaya membawa separuh kakitangannya untuk menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan syarikatnya.

Ketika berada di pusat peranginan Cote D’Azur atau French Riviera, jumlah pelancong itu turut mencipta rekod baru dunia.




Ia memerlukan 147 buah bas untuk mengambil mereka dari hotel ke Promenade des Anglais di Nice.

Menurut jurucakap Guinness World Record, jumlah itu mencipta rekod baru rantaian manusia.

Dalam lawatan tersebut, Pengerusi Tiens Group Company itu menempah 4,760 bilik hotel bertaraf empat dan lima bintang di Cannes dan Monaco.

Menurut Daily Mail UK, hasil lawatan itu, Perancis dijangka mendapat keuntungan sebanyak 33 juta Euro, di mana Nice sahaja mendapat lebih 20 juta Euro. - FMT


No comments:

Post a Comment