Pesanan Panaja

Wednesday, June 17, 2015

BGM-71 TOW- Senjata Moden Yang Sangat Digeruni Tentera Rejim Bashar alAssad


AntiTank 1

BMG-71 TOW adalah satu senjata pelancar roket moden(anti-tank guided missile) digunakan untuk memusnahkan kereta kebal pihak musuh.Di Syria,penggunaan senjata ini masih baru lagi dalam konflik perang saudara dan ia digunakan secara meluas pada tahun ini.





Antitank 2

 Jarak jangkauan BGM-71 TOW adalah 65m-3750 meter dan speed 278 meter/saat

        Kebanyakan pasukan penentang-penentang Bashar alAssad telah memiliki senjata moden ini antaranya Free Syrian Army(FSA),Pergerakan Hazzm,101st Division,Syria Revolutionaries Front dan lain-lain lagi.

Kereta kebal 2

          Senjata ini sangat digeruni oleh tentera-tentera Bashar alAssad.Kemampuan senjata ini dalam memusnahkan kereta kebal,trak yang membawa tentera, senjata dan makanan yang mana boleh ditembak dari jarak jauh melebihi 3 kilometer dengan tepat.Malah dapat mengenai kenderaan sasaran walaupun ketika masih bergerak.

map 1

        Setelah 4 tahun berlalu dalam kancah perang saudara,sekarang ini kumpulan penentang menguasai hampir 95% keseluhuran 2 bandar besar bahagian utara iaitu Aleppo dan terbaru Idlib. Malah dibandar2 lain tentera rejim sentiasa mendapat saingan sengit dari kumpulan penentang2.Sebelum ini,kumpulan penentang Bashar sangat sukar menembusi kubu-kubu,kem-kem tentera pihak lawan tapi selepas dibekalkan dengan persenjataan moden ini,kumpulan penentang dapat meneutralkan kubu-kubu dan persenjataan berat yang dimiliki tentera regim dengan lebih cepat dan pantas.Kejayaan menakluki bandar Idlib baru-baru ini banyak disumbangkan dari penggunaan BGM-71 TOW ini.

        Jangan lupa tontoni video2 kompilasi bagaimana senjata ini 'beraksi' dalam memusnahkan kereta kebal2 pihak tentera rejim Bashar.Video ini panjang,eloklah download dahulu dan bleh tengok kemudian.

Video 1
https://www.youtube.com/watch?v=-gI3LD6GPWs


No comments:

Post a Comment