Pesanan Panaja

Monday, July 27, 2015

Motif Seekor Barua Menyalaki Ulama


"Sebagai ahli  PAS peringkat akar umbi yang komited, aku amat marah  atas kebusukan hati Lim Guan Eng ( LGE). Serentak dengan itu aku juga amat kecewa kerana berterusannya kedajalan LGE  adalah disebabkan oleh  sikap pemimpin atasan PAS sendiri yang bagai memberi  laluan untuk si celaka ini  terus menghina Presiden PAS.

TGHH ini, seperti yang aku pernah cakap, bukan jenis manusia yang suka bertekak dan melenting. Sejak dulu, kalau  difitnah dan diserang beliau lebih rela menerima dengan sabar dan tabah. Namun apabila sekali terlepas hujah dari mulut beliau, ternganga dan terkatung-katunglah lawan dibuatnya. Ini sudah terbukti dalam  isu fitnah ‘PAS cadang Tengku Razaleigh sebagai PM’ dan isu MB Selangor baru-baru ini.




Sejak isu MB Selangor, sudah lebih 3 kali LGE memperli dan menfitnah Presiden PAS ini. Nampak sangat agenda LGE yang sudah boleh dibaca oleh ramai pemerhati politik. Aku bimbang juga tindakan LGE ini adalah usaha membantu kerja buat PASMA yang amat bercita-cita untuk menumbang TGHH daripada menerajui PAS. Akasnya, mungkin juga PASMA dan golongan pro-nya telah merancangnya bersama-sama LGE.

Sehingga kini, seperti biasa TGHH mendiamkan diri. Inilah sikap rasmi PAS dalam usaha  menenangkan kembali PR yang berkocak baru-baru ini. Tunggulah masanya TGHH menjelaskan segala-galanya. Mungkin ketika itu LGE akan terduduk seperti seekor barua.

Aneh juga apabila institusi PAS disergah dan ditebah sebegitu rupa, tiada sepatah kata dari Timbalan Presiden, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan golongan ‘suka berforum’ dalam PAS. Semasa DSAI dihentam, puak inilah yang paling awal bangun ( lebih dari pemimpin PKR ) membela beliau. Apabila Presiden sendiri diserang, masing-masing diam membisu. Diam yang membawa seribu erti dan seribu pertanyaan kepada ahli-ahli akar umbi.

Kesimpulannya, tulisan ini ingin menyedarkan ahli, penyokong dan pendokong PAS agar saling kuat dan memperkuatkan pegangan dalam perjuangan. PAS tiba di suatu destinasi yang tak pernah dipinta. Destinasi ini adalah satu ciptaan oleh dua golongan: satu golongan yang tidak pernah setuju Islam didaulatkan dan satu golongan lagi ialah golongan yang sudah nekad memijak kepala para ulama. Namun yakinlah bahtera PAS adalah bahtera Islam yang tetap gagah belayar sehingga mencapai destinasi sebenar. Tolonglah agama Allah nescaya Allah menolong kamu.


No comments:

Post a Comment