Setelah zaman semakin menuju kearah kemodenan, hutan belukar yang penuh dengan flora dan fauna dikelilinggi pokok besar sebagai tempat berteduh sudah bertukar menjadi hutan batu metropolitan yang sangat di banggakan. Pada aku sebagai insan biasa yang menpunyai pemikiran biasa adalah tidak berapa gembira dengan keadaan ini.
Pada aku seandainya zaman hendak dimajukan sekali pun tidaklah salah tetapi biarlah seiring dengan kemajuan diri masyarakat setempat di dalam segala bidang terutama berkenaan dengan agama, akidah dan akhlak masyarakat islam.
Kita dapat lihat dan masing-masing sudah dapat mengetahui yang mana masyarakat di zaman batu baru ini adlah sangat jauh dengan agama mereka terutama Islam. Mereka terbuai dengan arus kemodenan ciptaan barat yang tanpa dikekang. Sebenarnya para orientalis @ pemikir barat sudah lama mereka hendak menghancurkan islam terutama berkenaan dengan akidah. mereka mengkaji dan mereka tahu kekuatan umat islam adalah akidah mereka terhadap pencipta mereka Allah s.w.t.
Setelah sekian lama zaman berlalu bertukar silih berganti sehinggalah terbitnya pelbagai ideologi baru yang bersifat 'free thinking' lebih bersifat terbuka sehingga aliran Islam Sekular timbul dan manjadi ikutan tanpa merka tahu dari mana asalnya.
Sama-samalah kita pikirkan ...apakah ini yang kita mahu?? anak-anak kita yang akan menempuh zaman yang lagi mencabar pada masa akan datang...awasilah..jagailah..sematilah.. jinakkanlah hati-hati mereka dengan kesucian Islam...berusahalah jauhi mereka dari berfikiran moden ala barat..... --Waallahua'lam--
No comments:
Post a Comment