Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. jua saya bersyukur kerana dapat menambah sedikit perkongsian ilmu untuk kali ini. Sebagaimana yang kita ketahui, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan utusan Allah s.w.t. yang dilahirkan ke dunia sebagai seorang Nabi dan Rasul yang ditugaskan sebagai pemimpin kepada seluruh umat manusia juga merupakan utusan Rasul terakhir. Sirah merupakan pembelajaran dalam konteks memahami Islam adalah sangat penting dan sepatutnya dipelajari oleh semua umat islam. Dalam konteks pembelajaran pula. sirah ini akan merangkumi sejarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Apabila kita berbicara tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w., ianya secara tidak langsung akan merangkumi segala aspek tentang apa jua yang berkaitan dengan baginda termasukalah tentang kehidupan seharian, keperibadian, pendekatan atau cara berdakwah dan juga kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam mentadbir sebagai pemimpin yang agung. Maka sudah semestinyalah bahawa Rasullullah s.a.w. adalah contoh terbaik yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. sebagai ketua umat akhir zaman sebagai ikutan ataupun panduan.
Pada zaman yang serba moden ini sepatutnyalah kita tidak akan mudah terpesong kepada ajaran-ajaran yang sesat lagi menyesatkan sekiiranya apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kita ambil dan ikuti sebagai panduan atau petunjuk arah supaya kita selaku insan biasa yang sentiasa lalai dengan arus kemodenan yang mengejar akan kemewahan,pangkat dan darjat.
Semakin hari semakin kurang pengetahuan anak-anak bangsa kita tentang erti sirah Rasulullah s.a.w. dan sepatutnya segelintir di antara kita yang sedar mengambil tindakan dan rasa tanggungjawab bagi membetulkan keadaan ini. Jadikanlah kegemilangan Islam dalam hidup sebagai cita-cita bersama-sama mencari keredhaan Allah s.w.t. ....... Wallahua'lam......
No comments:
Post a Comment