Pesanan Panaja

Wednesday, May 5, 2010

Memelihara Islam

Peranan seorang ketua adalah memelihara Islam yg bermaksud setiap ketua kepada organisasi yang besar mahupun yg kecil seperti pertubuhan-pertubuhan dan institusi kekeluargaan.

Contoh2 peranan seorang ketua dalam memelihara islam adalah seperti berikut :

-Melaksanakan amanah iaitu amanah kepimpinan yang dipikulnya hanya kerana Allah s.w.t.
-Menegakkan kebenaran Islam walaupun menggugat kepentingan peribadi atau membawa kesusahan, musibah dan kepahitan.
-Menjalankan al-amr bi al-ma’ruf al-nahy al-mungkar iaitu menyuruh melakukan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran.

Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan seorang pemimpin yang agung kerana sejarah penyebaran Islam mengambil masa yang agak lama lebih kurang 23 tahun. Baginda menegakkan syiar Islam menyebarkan ke seluruh umat selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Baginda telah berjaya dgn pertolongan Allah s.w.t. mengubah dari kekufuran manjadi keimanan, dari kemusykilan menjadi ketauhidan dan kemaksiatan menjadi ketaatan.

Sememangnya bagi seorang pemimpin memerlukan keimanan yang teguh, sepertimana perjuangan Baginda adalah hanya kerana Allah s.w.t. Baginda telah memelihara serta menegakkan kesucian Islam, Baginda telah menjadikan Islam adalah satu agama yang terbaik dan diredhai oelh Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sejak kecil lagi telah memiliki keperibadian yang mulia.

No comments:

Post a Comment