tadi tengah duk tengok2 file simpanan yang lama. Terjumpa satu jadual yang agak menarik dan saya pun tidak pasti yang ianya datang dari mana, mungkin daripada email2 yang dihantar oleh rakan2. Saya letakkan di sini sekadar untuk berkongsi bersama......
JASA ANDA DI DUNIA | ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT |
1. Meninggalkan sembahyang | - Ular Saqar sedang menunggu |
2. Melewat-lewatkan sembahyang | - Neraka WAIL sedang menganga |
3. Meringan-ringankan syariat | - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar |
4. Mengumpat peribadi orang | - Gunting neraka sedang diasah |
5. Menyebarkan gossip atau fitnah | - Duri- duri menanti anda di taman neraka |
6. Tidak menjaga pergaulan | - Libasan api neraka dijanjikan |
7. Tidak berakhlak dengan manusia | - Kemurkaan Allah bersama mu.. |
8. Menyakiti hati orang dengan lisan | - Masuklah mana-mana pintu neraka |
9.Meringankan amanah | - Angkatlah seberkas kayu dari neraka |
10.Bersangka buruk | - Amalan baik diambil orang |
Apa yang pasti setiap apa jua yang kita lakukan di dunia ini akan di balas di akhirat kelak. Seandainya berbuat baik di dunia, maka akan mendapat kenikmatan@ganjaran di akhirat. Sekiranya lalai dan leka ditambah dgn melakukan kejahatan@kezaliman di dunia ini...maka sesungguhnya balasan Allah s.w.t. amatlah dasyat....insafilah...
Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang mambawa maksud :
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.”
(Surah Az-Zalzalah ayat 7-8)
“Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.”
(Surah An-Nur ayat 15)
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment