Pesanan Panaja

Tuesday, July 27, 2010

HaRi QiAmAt - 10 OrAnG TeRiStImEwA

Assalamualaikum....
Nukilan ini adalah berdasarkan kepada keratan koleksi saya ketika suatu masa dahulu dan ianya masih lagi menjadi bahan bacaan saya yg sekadar cuma, saya kongsikan bersama....


Terdapat dalam 1 riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat di dalam keadaan tidak makan dan tidak minum, tidak duduk serta tidak bercakap.
Apabila orang bertanya kepada Rasulullah s.a.w : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud :


 'Umatku dikenali kerana wajah mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. 

Dinyatakan melalui hadith Rasulullah s.a.w bahawa 10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-


 1. Para Nabi
 2. Para Ahli Jihad
 3. Para Alim Ulama
 4. Para Syuhada
 5. Para Penghafal Al Quran
 6. Imam atau Pemimpin yang Adil
 7. Tukang Azan
 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Di dalam 1 riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: 


Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' 

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t  yang bermaksud :


'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'                                                                  
                                                                                               (Surah Al-Haqqah : 24)


Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati dan ingatlah bahawa Allah s.w.t. sentiasa mengetahui dengan mendalam akan segala apa jua yang kamu lakukan.

Sekadar berkongsi...InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment