Pesanan Panaja

Wednesday, November 24, 2010

Maqasid Al-Shari'yah


Perkataan “maqasid” berasal daripada “qasad dan maqsad” yang bererti tujuan atau maksud. Shari’yah ialah perundangan Islam. Maksudnya secara umum ialah tujuan perundangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri’ atau Falsafah Perundangan Islam. 

Menurut Haron Din (2000), tujuan Allah menurunkan undang-undang syariat adalah untuk menjaga lima perkara, iaitu: 


- Agama; 

- Jiwa; 

- Akal fikiran; 

- Harta benda; dan

- Keturunan

Maqasid Shar’iyah dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

  1. Maqasid ‘Ammah
    Ialah tujuannya untuk masyarakat umum. Contohnya, larangan melakukan perbuatan mencuri, minum arak dan berzina adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Seluruh manusia atau ahli masyarakat mendapat manfaatnya dan terhindar daripada kerugian dan kerosakan.
  2. Maqasid Khassah
    Maqasid Khassah ialah kebaikannya adalah untuk diri sendiri. Contohnya, orang yang tidak minum arak terselamat akalnya daripada rosak. Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau tunang orang, terselamat daripada cemuhan orang.


No comments:

Post a Comment