Pesanan Panaja

Wednesday, December 22, 2010

Hak Suami, Isteri dan Bersama




Hukum

Suami

Isteri
  1. Menjadi ketua dan pemimpin dalam rumah tangga.
  2. Mendapat ketaatan daripada isteri dan anak-anak dalam hal kebajikan.
  3. Mendapat jaminan isteri terhadap rahsia kecacatan suami daripada didedahkan kepada orang lain.
  4. Mendapat layanan zahir dan batin yang munasabah daripada isteri.
  5. Mendapat kasih sayang, cinta dan mesra daripada isteri.
  6. Supaya isteri selalu menjaga maruah dan akhlak semasa di hadapan atau di belakang suami.
  7. Memberi keizinan sebelum isteri keluar rumah
  1. Nafkah zahir dan batin.
  2. Pakaian dan tempat tinggal yang munasabah mengikut negeri tempat tinggal.
  3. Jaminan keselamatan dan kebajikan
  4. Nasihat yang baik.
  5. Penutupan rahsia dan kekurangan serta kecacatan diri daripada orang lain.
  6. Kasih sayang yang secukupnya.

Hak Bersama

Antara hak bersama ialah:

  1. Suami dan isteri sama-sama berhak menikmati kemanisan, kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumah tangga.
  2. Suami isteri sama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan Silatur-Rahim dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
  3. Harta keluarga boleh diwarisi oleh salah seorang daripada kedua-duanya apabila berlaku kematian.

No comments:

Post a Comment