Pesanan Panaja

Wednesday, December 22, 2010

Tanggungjawab Suami, Isteri dan Bersama



Tanggungjawab

Suami

Isteri
  1. Memimpin rumah tangga ke arah kecemerlangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat
  2. Menggauli isteri dengan baik
  3. Bekerja untuk mencari nafkah keluarga
  4. Menyediakan keperluan hidup yang cukup kepada keluarga. Ini termasuklah makanan dan minuman, pakaian yang sesuai dan tempat tinggal yang selamat
  5. Menjaga dan mengurus kesihatan keluarga
  6. Memberi kasih sayang dan pendidikan kepada ahli keluarga ke arah keredaan Allah
  7. Memberi perlindungan keselamatan keluarga
  1. Menjaga dan mengemas rumah.
  2. Menyediakan makanan untuk keluarga
  3. Mencuci pakaian suami dan anak-anak.
  4. Menjaga maruah diri
  5. Menghias diri untuk suami
  6. Mendidik anak dengan penuh kasih sayang
  7. Mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan syariat
  8. Menjaga harta suami iaitu tidak membelanjakan harta dengan membazir
Hak Bersama

Untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, kedua-dua suami isteri haruslah sama-sama bertanggungjawab untuk:

  1. Mendalami ilmu agama;
  2. Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama;
  3. Bersikap jujur dan menepati janji;
  4. Tolong-menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran;
  5. Saling bermaafan dan nasihat-menasihati;
  6. Melakukan solat jemaah bersama-sama dari semasa ke semasa dan memberikan tazkirah; dan
  7. Bertawakal kepada Allah setelah berusaha untuk mendapat kebahagiaan.

2 comments: