Pesanan Panaja

Monday, August 15, 2011

Puasa Haram







  • Isteri Berpuasa Sunat tanpa Izin Suami atau tanpa Mengetahui Keredhaannya 
    Puasa isteri tersebut menjadi puasa haram kecuali suaminya tidak berhajat kepada isteri. Contohnya: apabila suami tidak ada di dalam negeri atau masih dalam ihram haji atau umrah. Hal ini berdasarkan kepada hadis:


    Maksudnya:
    “Tidak halal bagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada bersama kecuali dengan keizinannya”








  • Puasa Hari Syak
    Iaitu puasa pada 30 Sya’aban sekiranya orang ramai ragu-ragu bahawa pada hari itu 1 Ramadan atau tidak. Bagi mazhab Syafi’i, hukumnya berpuasa pada hari itu adalah haram, walaupun mazhab-mazhab lain menganggapnya makruh.








  • Puasa Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha
    Fuqaha sepakat mengatakan bahawa berpuasa pada hari raya puasa dan hari raya korban adalah haram, sama ada puasa itu fardu seperti puasa qada’, sunat atau nazar wajib atau sunat. Hukum ini telah disabitkan oleh hadis riwayat ‘Umar Bin al-Khattab r.a:


    Maksudnya:
    “ Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa dua hari ini, iaitu (hari raya puasa dan hari raya korban). Ada pun hari raya fitrah hari kamu berbuka daripada puasa kamu dan hari raya korban hendaklah kamu makan daging korban kamu”.








  • Puasa Hari Tasyriq
    Hari tasyriq ialah tiga hari selepas hari raya korban iaitu hari ke 11,12 dan 13 dalam bulan Zulhijjah. Mengikut mazhab Hanafi, berpuasa pada hari tersebut makruh tahrim. Abu Hurairah meriwayatkan :


    Maksudnya:
    “Rasulullah SAW telah mengutus Abdullah Bin Jazamah supaya mengelilingi Muna (dan menyerukan): Kamu jangan berpuasa pada hari-hari ini, kerana hari-hari ini adalah hari untuk makan dan minum dan untuk zikrullah azzawajalla”.


    Sementara mazhab Syafie mengharuskan puasa yang bersebab dilakukan pada hari-hari tasyriq, seperti puasa sebab nazar, kaffarah atau sebab qada’.








  • Puasa Wanita yang Didatangi Haid dan Nifas
    Wanita yang sedang mengalami kedatangan haid dan sedang bernifas, sama ada kerana melahirkan secara normal, pembedahan atau kerana mengalami keguguran dilarang dan haram sekiranya berpuasa.








  • Puasa bagi Mereka yang Dibimbangi boleh Mengakibatkan Kehilangkan Nyawa Menurut Pandangan Doktor Pakar
    Pesakit kronik yang dibimbangi oleh doktor pakar tidak dibolehkan berpuasa kerana takut boleh kehilangan nyawa. Contohnya seperti puasa bagi ibu sedang mengandung yang dibimbangkan akan mengakibatkan kematian janin dalam kandungannya, ibu yang sedang menyusukan bayinya atau pesakit yang dikenal pasti jika dia berpuasa akan membawa maut.







  • http://lms.oum.edu.my/myvle/modules/c-content/c_content.php?cid=ABSB3103&cmid=3616

    No comments:

    Post a Comment