Pesanan Panaja

Monday, August 15, 2011

Puasa Makruh









  • Puasa Hari Jumaat Sahaja
    Mengikut jumhur ulama, puasa pada hari Jumaat sahaja adalah makruh melainkan digabungkan dengan sebelum hari Jumaat atau selepasnya. Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat sekiranya hari bertetapan dengan sunat puasa kerana hari Arafah atau hari 10 Muharam. Sebagaimana hadis:


    Maksudnya:
    “Tidak boleh seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.”








  • Puasa Hari Sabtu Sahaja
    Hal ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW:


    Maksudnya:
    Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan yang telah di fardu ke atas kamu sekiranya di kalangan kamu tidak dapati (makanan) kecuali ranting anggur atau kulit pokok hendaklah memamahkannya.








  • Puasa Sepanjang Tahun
    Puasa makruh ini adalah dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan atau mengakibatkan cuai tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya. Rasulullah SAW bersabda:


    Maksudnya:
    “Sesungguhnya bagi Tuhan ke atasmu ada hak dan bagi keluarga ke atasmu ada hak. Hendaklah engkau puasa dan berbuka, qiam dan tidur dan datangilah isterimu dan berilah setiap yang berhak haknya”.








  • Puasa Berterusan Tanpa Berbuka  
    Puasa berterusan bermaksud seseorang puasa dua hari berturut-turut tanpa berbuka. Hukum puasa jenis ini sabit dengan hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah:


    Maksudnya:
    “Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW melarang menyambung puasa. Salah seorang daripada muslimin berkata: Engkau sendiri menyambung puasamu ya Rasulullah. Baginda bersabda: Siapa antara kamu sama denganku. Sesungguhnya aku bermalam Tuhanku memberiku makan dan minum”. Apabila mereka enggan berhenti daripada menyambung puasa, Baginda berpuasa bersama mereka, sehari ke sehari, kemudian mereka melihat anak bulan lalu Baginda bersabda: Kalaulah anak bulan itu lewat nescaya aku tambah (puasa) untuk kamu. Ini dilakukan Baginda seolah-olah hukuman ke atas mereka apabila mereka enggan berhenti (menyambung puasa)”.








  • http://lms.oum.edu.my/myvle/modules/c-content/c_content.php?cid=ABSB3103&cmid=3616

    No comments:

    Post a Comment