Pesanan Panaja

Monday, August 15, 2011

Puasa Sunat








  • Puasa Nabi Daud a.s
    Puasa Nabi Daud a.s ialah puasa yang dilakukan selang sehari dengan berpuasa satu hari berbuka satu hari. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah SAW:


    Maksudnya:
    “Paling afdal puasa ialah puasa Nabi Daud a.s, dia berpuasa sehari dan berbuka (tidak puasa) sehari”.








  • Puasa Aiyam Al-baiydh  
    Puasa Aiyam Al-baiydh atau puasa tiga hari di pertengahan bulan iaitu pada hari ke tiga belas, empat belas dan lima belas pada setiap bulan. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah SAW kepada Abu Zar:


    Maksudnya:
    “Jika engkau berpuasa tiga hari daripada satu bulan puasalah pada hari ke 13, 14 dan 15”.








  • Puasa Isnin dan Khamis
    Puasa yang dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja, selain daripada hari-hari yang diharamkan dan dimakruhkan berpuasa. Aisyah meriwayatkan:


    Maksudnya:
    ”Bahawa Rasulullah SAW sangat ambil berat puasa hari Isnin dan Khamis”.








  • Puasa Enam Hari dalam Bulan Syawal
    Puasa yang dilakukan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal selepas Hari Raya Aidil Fitri. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah SAW:


    Maksudnya:
    “Siapa yang berpuasa Ramadan kemudian mengiringinya dengan enam hari bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun”.








  • Puasa Hari Arafah 
    Berpuasa pada hari Arafah ialah melakukannya pada hari ke sembilan dalam bulan Zulhijjah bagi mereka yang tidak mengerjakan haji. Hadis bersabit dengan puasa ini ialah sabda Rasulullah SAW:


    Maksudnya:
    “Puasa hari Arafah saya harap daripada Allah bahawa ia kifarat kepada (dosa) setahun sebelumnya dan kifarat kepada (dosa) setahun selepasnya”.








  • Puasa Hari Asyura
    Puasa Hari Asyura dilakukan pada hari ke sembilan dan ke sepuluh dalam bulan Muharam. Hadis riwayat Bukhari yang menjelaskan bahawa Ibn Abbas berkata:


    Maksudnya:
    “Saya tidak melihat Rasulullah SAW ambil berat berpuasa seperti Baginda utamakan daripada puasa lain kecuali (puasa) hari ini, hari `Asyura”.








  • Puasa dalam Bulan Al-Haram
    Bulan-bulan al-Haram yang disunatkan berpuasa ialah pada bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Baihaqi:


    Maksudnya:
    “Diriwayatkan daripada seorang lelaki yang (datang) dari (kabilah) Bahilah, dia datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: Saya ialah lelaki yang datang menemui engkau pada tahun pertama. Sabda Rasulullah SAW: Kenapa kamu menyeksa diri kamu? Kemudian Baginda bersabda lagi: Puasalah pada bulan kesabaran dan sehari setiap bulan. Lelaki itu berkata lagi: Tambahlah untuk saya lagi, saya punya kekuatan. Rasulullah bersabda: Puasalah dua hari. Lelaki itu berkata lagi: Tambahlah lagi untuk saya. Rasulullah SAW bersabda: Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkan. Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkanlah. Puasalah daripada bulan al-Haram dan tinggalkanlah. Dan Baginda memberi isyarat dengan tiga jejarinya, Baginda merapatkannya (tiga jari) kemudian menjarangkannya”.


    Menurut para fuqaha, puasa dalam bulan Rejab tiada kelebihan daripada puasa dalam bulan-bulan lain. Cuma bulan Rejab tersebut berada dalam salah satu daripada bulan-bulan haram. Tiada dalam sunnah yang sahih secara khusus menyatakan kelebihan berpuasa dalam bulan Rejab. Kalau adapun riwayat hadis mengenainya tidak mencapai tahap boleh dijadikan hujah. Kata Ibn Hajar:

    Maksudnya:
    “Tiada nas mengenai kelebihannya yang boleh dijadikan hujah; tidak juga berkaitan puasanya, tidak juga berkaitan puasa tertentu padanya dan tidak juga berkaitan qiamullail (pada malam) tertentu daripadanya”.








  • Puasa Sunat Bulan Syaaban 
    Puasa beberapa hari dalam bulan Syaaban dan melalui riwayat al-Nasaie dalam hadis fi`ili Rasulullah SAW bersabda: 


    Maksudnya:
    “Daripada Usamah Bin Zaid r.a beliau berkata: Aku katakan kepada Rasulullah SAW: saya tidak melihat engkau berpuasa daripada mana-mana bulan seperti engkau puasa pada bulan Syaaban? Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia dilalaikan daripadanya antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang amalan manusia diangkatkan kepada Allah Rabbul `alamin. Dan saya suka amalan saya diangkat sewaktu saya berpuasa”.


    Puasa bulan Syaaban juga sabit dengan hadis riwayat Muslim berikut yang menyatakan bahawa Ummul Mukminin `Aisyah mengatakan:


    Maksudnya:
    ”Aku tidak sama sekali melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan kecuali puasa bulan Ramadan dan aku tidak melihat Baginda paling banyak berpuasa berbanding dalam bulan Syaaban”.








  • http://lms.oum.edu.my/myvle/modules/c-content/c_content.php?cid=ABSB3103&cmid=3616

    No comments:

    Post a Comment