Pesanan Panaja

Tuesday, March 12, 2013

PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF MALAYSIA


Masa depan negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan 
ekonomi yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi 
pasaran global. Ia juga bergantung kepada system pentadbiran dan pengurusan negara 
dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campurtangan politik yang tidak wajar 
dan berkepentingan . Sistem dan budaya yang bebas dari amalan korupsi, kronisme dan 
nepotisme di samping penyalahgunaan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti 
tertentu.


Pembangunan dan pengukuhan ekonomi kita tidak boleh terlepas dari usaha 

meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran; mewujudkan kontrak sosial baru; 
memupuk perpaduan nasional; membina demokrasi tulen; dan memulihkan imej dan 
kedudukan Malaysia di pentas dunia, di samping membangun warga Malaysia yang 
memenuhi kualiti insan berbudaya tinggi dari segi jasmani, mental dan rohani. Iaitu 
rakyat yang matang dari segi ekonomi dan politik; bersifat penyayang; kreatif; 
mempunyai nilai dan orientasi hidup yang seimbang; berupaya menyumbang kepada 
kebangkitan semula maruah negara dalam ertikata yang menyeluruh, bukan hanya 
ekonomi dan teknologi semata-mata.

Suatu sistem pendidikan ekonomi Islam yang maju perlu dirumus dan dikembangkan 
dalam sukatan pelajaran negara demi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap 
persepktif pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan besepadu untuk mencapat 
darjat negara maju yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhwawi, negara yang tidak 
menjadi sarang peningkatan amalan maksiat dan jenayah.

No comments:

Post a Comment