Pesanan Panaja

Tuesday, March 12, 2013

ISLAM: PAST, PRESENT AND FUTURE


Bidang Sains dan Teknologi merupakan satu bidang yang tidak boleh dipisahkan dengan
Islam. Sumbangan dalam bidang Sains dan Teknologi banyak mempengaruhi budaya
masyarakat Islam. Ini dapat dibuktikan dengan kegemilangan Empayar Islam pada suatu
masa dahulu. Lahirnya tokoh-tokoh ternama dalam bidang Sains dan Teknologi seperti Ibnu
Sina, Al-Khawarizmi, Ibnu Rusydi, Imam Al-Ghazali telah memperlihatkan betapa
pentingnya bidang Sains dan Teknologi ini terhadap perkembangan Islam pada zaman
tersebut (Shaharir M.Z, 1985). Sekarang kita cuma berbangga dengan tinggalan sejarah itu.
Bidang Sains dan Teknologi telah dikuasai oleh masyarakat bukan Islam mahupun di Barat
ataupun di Timur. Banyak cabang-cabang ilmu baru telah diperkenalkan oleh mereka
semenjak zaman kejatuhan Empayar Islam yang terakhir. Umat Islam sekarang hanya
mampu melihat kejayaan mereka.



Semenjak penguasaan ilmu dipelopori oleh masyarakat bukan Islam, maka ilmu yang
dilahirkan adalah bersifat sekularisme. Dalam kertas ini kami cuba membincangkan satu
cabang ilmu baru dalam dunia teknologi komputer iaitu Kepintaran Buatan (KB). Mungkin

Jelas sekali dalam perbincangan dalam seksyen sebelum ini kita mendapati bahawa aliran 
SAI merupakan satu percubaan atau arah baru dalam menandingi kuasa Tuhan. Telah 
dimaklumkan di awal perbincangan bahawa bidang KB ini adalah hasil cabang ilmu fahaman 
sekularisme. Kalau kita berbalik kepada sejarah sains dan teknologi di Barat, mereka 
membuktikan alam maya ini terjadi dengan sendirinya tanpa diolah oleh sesiapa. Begitu juga 
manusia. Ini adalah hasil daripada fahaman mekanisme yang menular di kalangan orang 
Barat pada Zaman Pembaharuan. Tidak hairanlah fahaman materialisme yang dibawa oleh 
Turing sama sekali menidakkan wujudnya pengaruh akal atau unsur roh dalam 
mempengaruhi minda. Ini jelas, bagi fahaman ini, sesuatu perkara yang tidak dapat dianalisis 
dengan ujian empirikal perlu ditolak. Walaupun terdapat banyak bangkangan yang dibuat 
oleh cerdik pandai yang menentang SAI tetapi fahaman Turing masih lagi diguna pakai di 
dalam dunia KB sedangkan kebarangkalian untuk mencipta sesuatu mesin yang berminda itu 
adalah mustahil. Ini kerana mereka hanya melihat otak atau minda itu hanya sebagai pusat 
memproses maklumat sedangkan terdapat beberapa unsur lain yang perlu dilihat dalam 
mempengaruhi minda tidak disentuh 

Jika ditinjau dari sudut lain KB mungkin berupaya beroperasi seperti manusia tetapi ia 
tidak boleh menyamai atau melebihi manusia dalam beberapa perkara yang kami bentangkan. 
Mungkin dari segi fizikal komputer ia lebih berdaya tinggi dan berkuasa daripada manusia 
namun dari segi mental iaitu dari aspek emosi ia tidak mampu menyamai apa yang dilakukan 
oleh manusia kerana manusia mempunyai daya yang berlainan dengan komputer. Ini boleh 
dibuktikan secara jelas tentang bangkangan yang kami utarakan sebelum ini. Dalam hal ini 
keupayaan komputer benar-benar tidak dapat menandingi manusia. Adalah lebih baik jika 
ahli cerdik pandai KB mengalih perhatian kepada penghasilan komputer pintar yang boleh 
membantu manusia menjalankan fungsi seperti manusia. Ini adalah lebih praktikal daripada 
berusaha membuktikan bahawa minda buatan itu boleh dicipta. Sama seperti sejarah dalam 
penghasilan kapal terbang. Dalam penghasilan kapal terbang ini terdapat dua pendekatan 
(Poole, Mackworth & Goebel, 1998) yang telah digunakan iaitu: 

Pertama, menjalankan kajian yang mendalam tentang haiwan yang boleh terbang seperti 
burung, kelawar, rama-rama dan sebagainya. Cara ini lebih kepada melihat ciri-ciri asal yang 
menjadi asas kepada punca proses terbang seperti kipasan kepak dan pengaruh bulu serta ciri 
lain yang boleh menyumbang kepada penghasilan penerbangan. 

Kedua adalah dengan mengkaji kaedah lain yang boleh menyumbang kepada penghasilan 
penerbangan tanpa terikat kepada ciri-ciri asas yang dilihat pada burung, kelawar dan ramarama. Nampaknya cara ini lebih berkesan, praktikal dan berjaya mencipta kapal terbang yang 
boleh terbang dengan penghasilan bidang baru yang dikenali sebagai aerodinamik. 
Penghasilan kaedah baru ini menunjukkan kapal terbang itu terbang tetapi sebenarnya tidak 
terbang seperti yang dilihat pada burung. 

Para pengkaji KB harus melihat kepada kaedah lain dalam menghasilkan mesin pintar 
tanpa meniru sepenuhnya minda manusia. Sejak dari zaman Yunani kajian tentang minda 
telah dijalankan tetapi sehingga kini ia masih belum membolehkan manusia mencipta 
kerangka konseptual tentang bagaimana minda berfungsi dengan sepenuhnya. Kalau 
kerangka konseptual tentang minda ini boleh dihasilkan tidak mustahil mesin pintar boleh 
dicipta tetapi hakikatnya kepintaran itu tetap hanyalah kepintaran palsu. Kita jelas bahawa 
setiap benda ciptaan Khalik itu tidak akan mampu ditandingi oleh manusia hatta mencipta 
seekor burung buatan yang boleh terbang seperti burung. 

No comments:

Post a Comment